Selasa, 19 Ogos 2014

Jangkitan Vagina: Bakteria Vaginosis

Apakah bakteria vaginosis (BV )?

Biasanya vagina kita dipenuhi oleh microorganisma atau flora flora yang hidup secara harmoni dan ia berfungsi sebagai satu benteng barisan hadapan yang mencegah bakteria bakteria luaran yang merbahaya dari menakluki vagina dan membawa penyakit. Hampir 95 % daripada flora flora yang menduduki vagina ini ialah lactobasilus, i.e bakteria yang baik dan 5 % adalah fungus seperti candida and bakteria yang  merbahaya seperti streptoccoccus dan sebagainya. Kehadiran bakteria merbahaya dan fungus tidak memberi masalah kerana populasi mereka kecil dan dikawal oleh populasi lactobasilus yang lebih dorminant. Keseimbangan eko-sistem ini sangat penting yang menjamin kesihatan vagina.
Bakteria vaginosis atau BV terjadi apabila komposisi atau populasi flora di dalam vagina telah berubah. Dengan BV, terdapat peningkatan dalam bakteria berbahaya dan penurunan dalam bakteria baik. BV adalah jangkitan vagina yang paling biasa di kalangan wanita yang telah berkahwin.
Apa yang menyebabkan BV ?
Terdapat perkara-perkara tertentu yang boleh mengganggu keseimbangan normal bakteria dalam vagina dan membunuh bakteria yang baik seterusnya meningkatkan risiko anda mendapat BV:
1. Douching atau mencuci vagina terlalu kerap
2. Pasangan anda mempunyai pasangan seks yang lain selain anda (poligamous relationship or marriage)
3. Anda mempunyai pasangan seks baru atau anda menpunyai ramai pasangan seks
4. Penggunaan alat IUD
IUCD infected
5. Penggunaan antibiotik 
6. Stress, tekanan yang berpanjangan
BV adalah lebih biasa di kalangan wanita yang aktif secara seksual. Anda tidak boleh mendapat BV daripada   tandas ,tempat tidur , kolam renang atau  menyentuh objek di sekeliling anda
Apakah tanda-tanda BV ?
Watery Froty vaginal discharge
Wanita dengan BV mungkin mempunyai discaj atau keputihan yang tidak normal dengan bau vagina yang tidak menyenangkan seperti bau ikan, terutamanya selepas hubungan seks. Bau yang busuk dan kuat ini juga boleh di hidu dari jauh oleh orang disekelilig kita. Discaj yang keluar berwarna putih susu atau kelabu dan ia juga boleh menjadi berbuih atau berair. Gejala-gejala lain mungkin termasuk rasa ‘panas’ ketika kencing , gatal-gatal di sekeliling luar faraj, dan ketidakselesaan. Tetapi ada sesetengah wanita dengan BV tiada gejala sama sekali.
Bagaimana saya boleh mengetahui jika saya mempunyai BV ?
Terdapat satu ujian untuk mengetahui jika anda mempunyai BV. Doktor mengambil sampel cecair dari faraj anda dan ia telah diuji. Doktor anda juga boleh melihat tanda-tanda BV semasa pemeriksaan faraj. Untuk membantu doktor anda mencari tanda-tanda BV atau jangkitan lain.
Bagaimana BV dirawat?
BV dirawat dengan ubat-ubatan antibiotik yang ditetapkan oleh doktor. Doktor anda boleh memberikan anda sama ada metronidazole  atau clindamycin. Secara umumnya, rakan kongsi seks lelaki wanita dengan BV tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun , BV boleh disebarkan kepada rakan-rakan wanita. Anda boleh mendapatkan BV lagi walaupun selepas dirawat.
Adakah ia selamat untuk merawat wanita hamil yang mempunyai BV ?
Semua wanita hamil dengan gejala BV perlu diuji dan dirawat jika mereka mempunyai gejala gejala BV.  Ini adalah penting terutamanya untuk wanita hamil yang pernah mengalami kelahiran pramatang pada masa lalu. Jika tidak dirawat, ia boleh mengancam kandungan anda dan meyebabkan kelahiran pramatang berulang lagi.

Bolehkah BV menyebabkan masalah kesihatan?

BV boleh menimbulkan masalah dan komplikasi  jika tidak dirawat
1. Kelahiran Pramatang (Premature labour)
2. Penyakit keradangan pelvis atau PID:  sejenis jangkitan yang boleh menjejaskan rahim wanita , ovari dan tiub fallopion.
3. Berisiko tinggi untuk mendapat HIV dan jangkitan kelamin (STI ) yang lain seperti chlamydia dan gonorea.

Isnin, 18 Ogos 2014

Faedah steam muka & Tips buat steam di rumah

 

320190_273446839426978_433893901_n
Steam atau wap panas merupakan salah satu cara terbaik untuk membersihkan kotoran di muka. Steam juga baik untuk menghindari pori-pori tersumbat dan jerawat / jeragat.
Jika Anda nak jimatkan wang atau pun malas nak pergi di salon / spa, maka lakukanlah steam di rumah. Berikut ini tips untuk melakukan steam di rumah, seperti yang dikutip dari become gorgeous.
Bagi pemilik wajah berminyak, steam boleh dilakukan setiap hari. Sedangkan bagi yang memiliki kulit kering, sebaiknya melakukan steam seminggu sekali.
Sebelum melakukan rawatan steam, bersihkan muka supaya bebas dari berminyak dengan menggunakan sabun mild tanpa wangian yang boleh elakkan iritasi. Rebus segayung air dan tambahkan irisan lemon atau minyak esensial seperti lavender, chamomile atau rosemary agar lebih banyak manfaat yang didapat.
steam muka 4
Dekatkan wajah (muka) ke air panas tersebut. Jangan lupa meletakkan tuala di kepala belakang untuk mencegah wap air keluar. Ini adalah untuk menjaga agar steam lebih efisien. Jangan lupa untuk menutup mata dan mulut saat melakukan perawatan ini. Lemon atau minyak esensial dalam air dapat membuat mata pedih.
Tunggu selama 15 hingga 20 menit hingga wap menghilang. Namun jangan melakukan perawatan ini lebih dari 20 menit. Untuk kulit sensitif, sebaiknya melakukan steam selama 10 hingga 15 minit saja. Setelah selesai rawatan steam, bersihkan muka Anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.
Setelah wajah muka Anda sudah bersih dan pori-pori telah terbuka, sebaiknya Anda melakukan rawatan masker wajah supaya masker tersebut masuk ke dalam pori-pori