Isnin, 7 Februari 2011

INFO PENYAKIT - ANEMIA




Anemia ialah penyakit yang melemahkan 
tubuh badan.Sama ada disebabkan kekurangan 
dalam bilangan sel darah merah atau 
hemoglobin(pigmen pembawa oksigen).
Boleh juga disebabkan kekurangan 
ferum(menjadikan sel darah merah berwarna merah)
dan bahan membentuk darah yang 
lain melalui penyakit seperti leukemia 
dan talasemia, kehilangan darah yang
berlebihan atau jangkitan.
Semua kekurangan ini akan menyebabkan
sel darah merah tidak dapat membekalkan 
oksigen yang mencukupi kepada tisu badan.
Nilai normal Hb (hemoglobin) pada wanita
rata-rata 12-14g/dl. 

 JENIS -JENIS ANEMIA

1) Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12
    Vitamin  B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf
    dan sel darah merah yang normal,penghasilan sel darah
    putih dan platelet.
2) Anemia Disebabkan Penyakit Kronik
     Anemia terjadi disebabkan penyakit atau jangkitan 
     kuman terlalu lama.
     Jangkitan ini mnyebabkan belaku perubahan dalam 
     sistem pembentukan (heamatopoiesis), seperti
     memendekkan jangka hayat sel darah merah,
     menurunkan kandungan ferum
     dan mengurangkan sumsum tulang.
3) Anemia Disebabkan Kekurangan Folat.
     Lazimnya disebabkan  pengambilan diet  yang
    kurang  paras asid folik.Masalah jenis ini kerap 
   berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak 
    dan juga orang dewasa khususnya mereka yang 
    tinggal di luar bandar. 
    Mengikut kajian yang dilakukan, kadar
    kejadian kurang darah (anaemia) 
    di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar
    ialah dalam lingkungan 60 peratus. 
4)Anemia Hemolisis Imun Cetusan Ubat-Ubatan.
   Jenis ini berlaku apabila sesetengah jenis ubat
   saling bertindak dengan selaput sel darah merah,
   menyebabkan sel darah merah ini menjadi 
   antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi
   atau berupaya bertindak balas dengan antibodi)
5) Anemia Hemolisis
    Berlaku apabila sum-sum tulang tidak dapat 
    menampung  pemusnahan awal sel darah merah
   dengan meningkatkan penghasilannya.
6) Anemia  Hemolisis Disebabkan Kekurangan G-6PD
     Kekurangan G-6PD adalah merupakan ganguan 
    ganguan genetik rantaian resesif-x yang diwarisi.
7) Anemia Aplastik Idiopatik
     Berlaku apabila sum-sum tulang gagal untuk 
     membentuk semua jenis sel darah sempurna.
8) Anemia Hemolisis Imun
     Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan 
    sel darah sendiri.
9) Anemia Megaloblastik
    Ia merupakan satu  bentuk ganguan dalam darah di mana
    saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa,
    bilangan sel darah putih dan plattelet rendah.
10) Anemia   Pernisius
       Disebabkan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang 
      diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran 
      gastrousu  (penghadaman).
11) Anemia Aplastik sekunder
       Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan 
       pengurangan semua  jenis sel darah.
       Boleh disebabkan kimoterapi,terapi ubat untuk 
       menekan  sistem imun , terapi radiasi, racun
       seperti benzena atau arsenik,
       dadah,kehamilan,masalah kongenital,Hepatitis
       berjangkit dan Eritematpsus Lupus Sistemik.
12) Anemia Sel Sabit
      Ia disebabkan oleh sejenis hemoglobin yang abnormal
      iaitu hemoglobin S yang diwarisi sebagai ciri autosomal
     resesif  yang khusus
   
Tanda-tanda
  • Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
  • Lesu, tidak bermaya dan lemah.
  • Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
  • Pening.
  • Kadar nadi meningkat.
  • Rasa tidak dapat berfikir dengan  waras
  • Kurang berselera
  • Tidak dapat tidur
  • Rasa tertekan

  Mengapa Penyakit Buah Pinggang kronik
  menyebakan anemia?
 Kebanyakan  orang dengan penyakit ini  akan 
 menghadapi masalah anemia kerana badan
mereka tidak dapat mengeluarkan erithropoietin(EPO),
hormon yang membantu sumsum tulang
untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa keadaan pesakit-pesakit
menjadi lebih baik selepas anemia dirawat.


Bagaimana Mengesan Anemia
Menjalankan pemeriksaan tahap hemoglobin(Hgb)
samada ia jatuh bawah tahap normal.Jika demikian
keputusan anda perlu mendapat rawatan anemia.




Bagaimana Anemia Dirawat?
. Rawatan bergantung kepada faktor utama anemia
  dan anda mungkin dikehendaki mengambil zat 
  pelengkap seperti zat besi,vitamin B12 atau asid folik.
. Pemindahan darah mungkin dicadangkan bagi anemia
  jenis tertentu.
. Pesakit -pesakit yang menghidap anemia akibat 
  penyakit buah pinggang kronik mungkin akan disuntik.
  ubat seperti alfa epoetin untuk meningkatkan hasilan darah merah.
. Ada juga ubat herba seperti Hb keluaran hpa  boleh membantu
  meningkatkan kuantiti sel darah merah kerana ada daun bayam
  duri didalamnya.Spirulina pun boleh di guna pakai.
  Berbincanglah dengan herbalis bagi mendapat ubat yang sesuai.



Apa Yang Berlaku Jika Anemia Tidak Dirawat?
Ia akan memburukkan lagi masalah kesihatan.
Jika anemia semakin serius jantung mungkin perlu bekerja
lebih untuk mengepam darah dan membawa oksigen keseluruh
badan.Ini akan menyebabkan masalah jantung
seperti hipertropi ventrikular kanan atau LVH
Malangnya ramai yang menghidap penyakit buah pinggang
tidak menerima rawatan anemia sehinggalah
buah pinggang mereka gagal berfungsi
dan terpaksa menerima rawatan dislisis.


Dapatkan rawatan segera walaupun anda mempunyai
1 atau 2 tanda  anemia.


SUMBER :
PENYAKIT UMUM--SENARIO KESIHATAN GLOBAL


CATATAN INI HANYALAH INFO SEMATA
RAWATAN HENDAKLAH BERSAMA PERAWAT


DICATATOLEH UMMUBALQIS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan