Rabu, 19 Januari 2011

KEADILAN DALAM POLIGAMI







Dengan nama Allah yang maha pengasih dan lagi maha penyayang.
Sholwat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A .W yang menunjukkan jalan kebenaran.

1) Membahagikan tidur malam kepada isteri-isteri sama rata; 
Bermula tidur mengikut perkiraan syarak ialah daripada waktu  solat maghrib sehingga waktu solat subuh. Pembahagian siang tidak diwajibkan sesama isteri ke atas suami. Siang ialah waktu bekerja, dipersilakan suami untuk ke mana sahaja untuk mencari rezeki. 
Jika suami bekerja malam, maka wajib berada di dalam pengetahuan isterinya yang digilirkan jika dia akan terlewat pulang. Ini hak isteri yang diberikan syarak.

2) Kebendaan; 
Bukan suatu keadilan jika diberikan wang sama banyak. 
Itu tidak diertikan sebagai keadilan. 
Keadilan yang sebenar adalah apa yang mencukupi
 keperluan isteri-isteri. 
Jika isteri pertama mempunyai anak 2 orang
 dan isteri kedua belum mempunyai anak. 
Logik dan adil sekali wang yang diserahkan kepada
 isteri pertama lebih banyak. Ini antara masalah yang
 terkeliru sebahagian masyarakat. 
Isteri pertama mempunyai anak lelaki dan adapun 
isteri kedua mempunyai anak perempuan. Adakah 
dikatakan adil jika kedua-dua anak tersebut diberi
pakaian yang serupa sedangkan berlainan jantina, umur dan minat?!

Mana-mana suami yang melengkapi dua

perkara tersebut, maka telah melaksanakan keadilan.






Kebanyakan para wanita tidak boleh menerima apa yang dikatakan poligami. Ini kerana perkahwinan merupakan satu ikatan terbina daripada perasaan dan poligami serba sedikit menggoncang perasaan ini. 
Kesannya menjadikan wanita-wanita yang tidak beriman mempertikai satu hukum yang ditetapkan oleh Allah Taala.
Adapun yang masih subur imannya, akur dengan ketetapan tetapi tidak akan menyokong.

Wahai saudari benteng agama! Agama ini bukan semata-mata 
demi meraikan perasaan. Bahkan terdapat perkara yang lebih 
besar daripada itu. 


Tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi 
hanya sementara demi hasil yang akan dipungut di akhirat.
Statistik dunia mendapati wanita semakin ramai daripada 
lelaki iaitu 2:1. Cuba kita berbicara secara logik.


 Jika tidak dibenarkan poligami, siapakah suami kepada baki-baki wanita 
yang daripada jenis kalian juga. Apakah dibiarkan berpelesiran, 
berzina, tanpa suami dan zuriat sehingga mati, hidup tanpa lelaki 
yang berada di sisi dan dan dan ....

Allah yang melemparkan perasaan cemburu di dalam hati 
kalian dan Allah juga yang memberikan ketetapan hukum 
berkenaan poligami. Kenapa kita tidak cuba mencari hikmah 
yang cuba ditunjukkan oleh Maha Pencipta daripada 
menurutkan perasaan yang cuba menyesatkan.

Ucapan ini tidak bermaksud satu sokongan padu kepada poligami 
kerana sebagaimana kita perlu menentang golongan yang 
menentang poligami begitu juga kita akan menentang golongan 
yang ingin berpoligami tetapi tidak mampu adil. Ingin berkahwin
tetapi isteri dan anak-anak tidak mampu di didik dengan didikan 
agama yang sempurna. Ingin poligami tetapi tidak lebih 
melainkan ikutkan hawa nafsu semata-mata. Golongan sebegini 
tidak kita bicarakan di ruangan ini, kerana persoalan berkenaan 
keadilan poligami pada wanita serta keperluannya.

Akhirnya, poligami bukannya metode yang mampu diguna pakai 
oleh semua lelaki dan juga tidak boleh dihalang semua lelaki 
untuk menggunakannya. Firman Allah terlalu jelas berhubung perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan