Rabu, 19 Januari 2011

PENYAKIT 6 -ARTRITIS/RADANG SENDI




PENGENALAN

Apakah arthritis

Artritis adalah bengkakan yang sakit dan kekakuan sendi pada tubuh.Penyakit ini biasa ditemui dan kesakitan  biasanya meliputi sendi siku,lutut atau sendi-sendi lain pada anggota badan.

Ia biasanya bermula dengan satu bahagian sendi secara beransur-ansur merebak kebahagian tubuh yang lain.Dalam bentuk yang teruk arthritis boleh menjadi penyakit yang melumpuhkan.Penyebab kepada penyakit ini banyak sekali .
Artritis mungkin  kerana kerosakan sendi yang teruk atau kesan jangka panjang sesuatu kecederaan.Artritis boleh juga disebabkan jangkitan bakteria yang merosakkan sendi,juga disebabkan pengumpulan asam urat atau asid urik,penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain.
JENIS-JENIS ARTRITIS
Ada banyak jenis arthritis (lebih dari 100 dan terus bertambah). Jenis arthritis yang akan saya kemukakan di sini ialah:
OSTEOARTRITIS
REUMATOID ARTRITIS
SAKIT BELAKANG (SPONDILITIS MENGANKILOSIS,SPONDILOSIS,CAKERA TERGELINCIR)
BURSITIS
BUNION
 TRAUMA kecederaan sendi dan lain-lain.


1)    OSTEOARTRITIS
Osteoartritis berlaku  kerana rawan pada sendi pecah atau rosak  dan pertumbuhan tulang akan terbentuk di pinggir sendi tersebut.Penyakit ini sangat lazim berlaku pada orang dewasa.
Penyakit ini tidak mempengaruhi bahagian tubuh yang lain seperti yang berlaku pada rheumatoid artritis .Osteoartritis biasanya berlaku pada sendi yang menanggung berat pada  badan seperti sendi paha atau sendi lutut(bagi orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan) dan sendi yang mengalami tegangan yang banyak seperti sendi tangan.

Penyakit ini biasanya tidak bermula sehinggalah usia 50 tahun kecualilah orang yang menggunakan regangan yang banyak seperti olahragawan.Tegangan merosakkan rawan dalam sendi dan tulang akan terdedah.Tulang ini akan menjadi semakin padat dan keras dan tulang yang baru akan tumbuh ditepi sendi.Sendi yang terlibat menjadi tegang dan pergerakan menjadi terbatas.
Kadangkala pergeselan sendi boleh dirasai apabila ia bergerak.Otot di sekeliling sendi menjadi kaku dan semakin lemah.kadangkala sendi tersebut  bengkak.Kesakitan biasanya datang dan hilang secara berulang.Kesakitan biasanya semakin teruk selepas sendi digunakan dan dapat dipulihkan dengan berehat.



             
2)    REUMATOID ARTRITIS
Penyakit ini biasanya menyerang seluruh tubuh.Salah satu gejala utamanya adalah sakit sendi.Gejala lainnya adalah susut berat badan,deman,letih,anemia dan sendi kaku pada waktu pagi.
Artritis ini biasanya menyerang sendi tangan dan kaki.Sendi anggota yang lebih besar mungkin dijangkiti apabila semakin teruk.Penyakit ini bermula bila seseorang berusia lebuh kurang 40 tahun dan ia berlanjutan selama beberapa tahun.Pada usia ini arthritis semakin teruk dan kemudian pulih semula.
Terdapat arthritis rheumatoid luar biasa yang menyerang orang muda yang dinamakan penyakit Still.Artritis jenis ini adalah kerana radang pada membran sinovia.Apabila ini berlaku semakin banyak bendalir sinovia dirembeskan kedalam sendi tersebut.Atas sebab yang tidak diketahui,tubuh membentuk antibodi yang bertindak balas dengan membran sinovia.
Beberapa bahagian membran dirosakkan dan menjadi berlubang-lubang.Tisu berparut ini boleh merebak ke bahagian sendi dan menyebabkab Ankilosis atau penyambungan tulang.
Penyakit ini mungkin berlanjutan selama 20 tahun sebelum hilang.Antara orang yang menghidap penyakit ini ,20 peratus mengalami pergerakan yang terganggu,40 peratus mengalami pergerakan yang terhad,30 peratus akan sangat terhad pergerakanya dan 10 peratus akan lumpuh dengan teruknya.

                    Sinar-x  bagi  tangan  penghidap arthritis yang teruk

3)SAKITBELAKANG(SPONDILOSIS,SPONDILOSIS MENGANKILOSIS,CAKERA TERGELINCIR)
Sakit belakang paling lazim berlaku dan mempunyai beberapa sebab.Ia boleh berlaku akibat arthritis spina atau cakera tergelincir.Selalunya sakit belakang berlaku akibat otot yang tegang,reumatisme,ketegangan saraf atau penyakit pada organ dalaman.Tulang belakang terdiri daripada 25 vertebra.
Vertebra ini bersambung antara satu sama lain oleh dua sendi satah dan cakera antara vertebra bertindak sebagai kusyen antara vertebra.Bahagian inilah yang rosak apabila seseorang mengalami kegelinciran cakera.
Di bahagian atas spina,vertebra leher menyokong tengkorak.Di bahagian bawah  spina ialah sacrum yang bersambung dengan pelvis.Artritis boleh berlaku pada sendi antara sacrum dan pelvis.
Artritis boleh juga berlaku selepas kerosakan antara terhadap sendi satah antara vertebra.

a)     SPONDILISIS
Spondilisis ialah osteoarthritis sendi satah antara vertebra.Spondilisis melibatkan kerosakan terhadap cakera antara vertebra.Ia paling lazim berlaku di kalangan orang lelaki yang membuat kerja fizikal yang berat seperti pembinaan dan perlombongan.
Ruang sendi menjadi sempit dan menyebabkan kerosakan pada  rawan sendi.Ini menyebabkan sakit dan kekejangan otot.Terdapat pertumbuhan tulang tambahan pada bahagian tepi sendi dinamakan ‘LIPPING’.
Pertumbuhan ini boleh merebak ke salur spina dan boleh menyebabkan kerengsaan yang sakit terhadap saraf pada saraf tunjang.

Gambar menunjukkan saraf dicengkam apabila vertebra terbengkok dengan teruk
dan ruang sendi  antara vertebra yang sempit apabila berlaku arthritis.

b)    SPONDILOSIS MENGANKILOSIS
Penyakit ini dalam beberapa cara  serupa dengan arthritis rheumatoid.Spondilosis mengankilosis sering menyerang bahagian belakang,dengan mencantumkan tulang- tulang sendi dalam spina.Simptom penyakit ini termasuklah ketegangan pada bahagian spina yang diserang.
Penyakit ini lazimnya berlanjutan selama beberapa tahun sebelum pesakit pulih.Walaubagaimanapun, dalam kes yang teruk spina kekal bengkok.Ini boleh dielakkan dengan memastikan tubuh berada pada kedudukan yang betul ketika berjalan atau tidur.
Korset dan belat boleh membantu untuk menetapkan spina pada kedudukan lurus.Penyakit ini boleh di rawat dengan jayanya.

c)     CAKERA TERGELINCIR
vertebra terdiri daripada cecincin rawan luar yang keras dengan bahagian tengah yang mengandungi jeli yang lembut. Apabila cakera tergelincir, sedikit jeli dipaksa keluar melalui cecincin tersebut ke dalam suatu bahagian membran yang kecil.
Ini boleh berlaku pada mana–mana sendi spina.Cakera itu sendiri runtuh dan menjadi kecil.Beeg tersebut menekan ligeman yang bersebelan atau saraf tunjang dan menyebabkan kesakitan yang teruk.Saraf yang keluar daripada sina boleh juga terhimpit.Jika cakera yang tergelincir tidak pulih dengan cepat,cakera tersebut boleh menyebabkan osteoartritis dengan merangsang sendi tersebut.


4)    BURSITIS
Bursa adalah beg membran kecil yang terletak antara dua bahagian tubuh yang bergerak.Ada tiga jenis bursa.Satu jenis terletak antara permukaan yang bergerak untuk mengurangkan geseran.Jenis kedua terletak pada hujung tulang yang tajam untuk bertindak sebagai kusyen pelindung.Jenis ketiga teletak di dalam rongga suatu sendi.Rongga ini mengandungi sedikit bendalir yang bertindak sebagai penyerap hentak dan pelincir.
Bursitis adalah radang sesuatu bursa.Bursitis disebabkan oleh kecederaan seperti siku yang tegang.Jenis bursitis yang paling lazim adalah lutut  housemaid.
Jenis bursitis ini disebabkan melutut pada permukaan keras berulang-ulang kali. Melutut merosakkan lapisan bursa dan ini menyabakan lutut bengkak dan sakit. Kadangkala bursa  dijangkiti.Jika suatu sendi terlibat,bursitis yang tidak dirawat boleh mnyebabkan arthritis.

5)    BUNION
Ibu jsri boleh kekal bengkok  ke atas akibat memakai kasut yang ketat.Sendi antara hujung metatarsus yang pertama dan ibu jari itu sendiri menjadi sangat terherot.Bursa terbentuk pada kepala metatarsus.Bahagian kulit yang tebal terbentuk pada bursa untuk membentuk belulang.
Gabungan tulang yang terkeluar, bursa dan kulit yang menjadi tebal itu dikenali sebagai bunion.Artritis biasanya terbentuk dalam sendi yang terherot seperti ini.Terdapat kesakitan,bengkakan dan perubahan warna disebabkan luka.
Kasut yang betul saiznya membantu melegakan gejala tersebut.Jika langkah ini tidak berjaya,bunion perlu dibuang.Jika ini juga tidak berjaya maka sendi baru perlu dibuat.

6)    GOUT
Dalam gout terdapat kesakitan,bengkakan dan perubahan warna pada ibu jari yang berlaku berulang-ulang.Kemudian gout merebak ke sendi yang lain dan ini menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan.
Hablur asid urik termendap dalam tisu sinovia berhampiran dengan sendi pada hujung ibu jari kaki.Ini boleh menyebabkan kerosakan dalam tulang.Membran sinovia pada sendi mengalami radang dan rawan mungkin rosak.Kesemuanya ini boleh menyebabkan arthritis.Makanan tertentu bolah menyebabkan gout.

Gambar menunjukkan sendi kaki yang menghidap arthritis gout

RAWATAN ARTRITIS
1)    Kedoktoran moden
Semua rawatan arthritis yang berkesan bergantung pada diagnosis yang tepat.Diagnosis dan rawatan seharusnya dimulakan secepat mungkin untuk menghadkan kerosakan tulang yang disebabkan oleh penyakit ini.Perubahan yang disebabkan arthritis adalah kekal.

Tetapi tindakan boleh diambil untuk mengurangkan perubahan ini.Gejala penyakit ini juga boleh di kurangkan.Ubat radang boleh diberikan untuk semua bentuk arthritis.

Ubat ini boleh mengurangkan gejala dan memperlahankan penyakit tersebut daripada merebak.
Fisioterapi diberikan untuk membolehkan sendi terus bergerak dan membantu menghalang otot di sekeliling sendi daripada terus rosak.

Senaman dalam kolam yang hangat(hidroterapi) juga membantu kebolehgerakan sendi .
Jika arthritis menjadi  semakin teruk,paha dan lutut boleh diganti  dengan sendi buatan.

Menyuntik emas digunakan dalam rawatan arthritis reumatiod.Suntikan diberikan setiap beberapa minggu.
Adakalanya bendalir yang berlebihan di buang dengan suntikan.

KESAN SMPINGAN UBAT MODEN

Ubat yang digunakan dalam rawatan arthritis mungkin mempunyai banyak kesan sampingan yang membimbangkan.Ini termasuklah ruam.pening, senak,ulser perut.penyakit hati dan ginjal ,ganguan penglihatan dan luka paru-paru.

Kira-kira 1 dalam 15 orang menderita akibat kesan sampingan.
Sebilangan besar kesan sampingan ini tidak serius dan cepat berhenti apabila ubat tersebut tidak diambil lagi.Tidak semua kesan sampingan berlaku pada setiap pesakit.Terdapat banyak pilihn ubat yang dijual dipasaran tapi berbincanglah dengan doctor sebelum mengambilnya.

Jangan mengmbil ubat sembarangan kerana kesannya akan lebih memburukkan keadaan.


2)    KAEDAH BEKAM
Bekam adalah merupakan kaedah yang selamat dan tidak ada kesan sampingan.Bekam yang paling mudah adalah ditempat yang sakit.Namun tidak digalakkan bekam di daerah yang bengkak,kemerahan dan terasa hangat.Untuk daerah tersebut tidak perlu dibekam.Cukup di tuang dengan air ais.Boleh dibekam di sekitar sendi yang bengkak.

3)    KAEDAH URUT TAPAK KAKI ATAU REFLEKSOLOGI
Kesakitan di bahagian sendi boleh dikurangkan dengan pengeluaran hormon kortisol di bahagian adrenal.Biasanya warga emas mengambil suplimen kortisol bagi mengurangkan  kesakitan akibat dari arthritis.

Masalah dan kesan sampingan akan wujud termasuklah  kelenjar adrenal mengurangkan produksinya sendiri.Dengan mengamalkan urutan refleksologi yang teratur,pengamal refleksologi mendapati  kesakitan dikurangkan atau  pengambilan hormone kortisol boleh diberhentikan oleh pesakit arthritis   dengan mengaktifkan kelenjar adrenal.

Biasanya setiap sesi berlangsung lebih kurang 15 atau 20 minit sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

Ada dua cara untuk mereflek:

CARA 1
1) Diafram(sekat rongga dada atau perut)- mengurangkan ketegangan otot
2) Lengan ,bahu, siku dan pergelangan tangan –  memperbaiki sirkulasi dan saraf
3) Peha ,lutut,betis dan buku lali- memudahkan penyembuhan
4) Spinal- mengurangkan rasa risau dan meningkatkan fleksibeliti
5) Serabut sraf perut atau solar plexus-  merehatkan penafasan
6) Kelenjar paratiriod- mengimbangkan paras kalsium dan kalium
7) Hati- menapis toksin
8) Buah pinggang- mengurangkan edema(bengkak air) 
membebaskan air yang berkumpul di sendi, menolong
pembuangan toksin yang berkumpul di sendi  
 melalui air  kencing
9)Adrenal  -  mengimbangkan mineral,memperbaiki otot
mengurangkan kesakitan dengan pengeluaran hormone Kortisol.
10) Urut timbal balik di kawasan sakit- melancarkan tenaga  di kawasan itu
11) Seluruh kaki-mengurangkan ketegangan yang di sebabkan artritis
                              
  CARA 2
1)    Ginjal (kiri &kanan),salur kencing(kiri&kanan),pundi kencing(kiri&kanan)
2)    Kelenjar adrenal(kiri&kanan)
3)    Kelenjar adrenal(kiri& kanan)
4)    Kelenjar paratairod( kiri&kanan)
5)    Kelenjar getah bening bahagian perut(kiri&kanan)
6)     Urut bahagian refleksi sendi yang sejajar(daerah refleksi timbal –balik)

4)     UBAT HERBA(HPA)    
Ada beberapa kumpulan herba yang kita boleh gunakan .Semuanya bergantung kepada kira bicara bersama herbalis.   Di  sini saya kemukakan 1 set  pengubatan menggunakan herba.                                     
                          TEH HERBA /ASIATICA-2 UNCANG SEHARI
                           ARDISIA -2PAGI:2MALAM
                           MALAC  -2 PAGI:2MALAM
                                          DAN
                           SPIRULINA-2 PAGI:2MALM
                           MENGKUDU-2 PAGI:2MALAM
                           KOPI RADIX-2 UNCANG SEHARI

5)    Cara pengubatan lain yang boleh digunakan adalah kiropraktik(pembetulan tulang belakang),kaedah homeopati(ahli homeopati percaya bahawa keberkesanan sebarang ubat bertambah baik dengan memberi hanya sedikit dos kepada pesakit) dan akupuntur(untuk menahan sakit).

MENJAGA SENDI ANDA
1)    Meluangkan masa bersiar-siar di waktu pagi dalam udara yang segar membolehkan cahaya matahari sampai kekulit anda dan mensntesis  vitamin D.Ini penting untuk perkembangan tulang yang betul.
     Mengambil suplimen tambahan seperti susu,vitamin ,kalsium(daripada herba tuju angin, kapsul radix hpa,shark certilage hpa dan omega 3 gel.Paramaria plus untuk wanita yanng berusia 40 tahun keatas.
2)    Senamanbaik untuk pertumbuhan tulang dan otot.Senaman aerobik sangat baik untuk memperkuatkan tulang .
3)    Gunakan kasut yang berpadanan dengan kaki anda kerana kasut yang ketat akan mengherotkan sendi kaki anda.
4)    Berhati-hati semasa melakukan perkerjaan harian ,cuba elakkkan kemalangan. Berdoalah dengan ALLAH bagi mengelakkan sebarang  bencana keatas diri dan keluarga.Contah doa :

    “Ya ALLAH, aku mohon keselamatan agamaku,duniaku,ahliku dan harta bendaku.Tutupilah keaibanku,tenangkanlah kegelisahanku,peliharalah  aku dari bencana yang mungkin menimpa aku dari muka dan belakangku, dari kiri kananku dari atasku dan perlindungan dengan kebesaranmu,aku diperdaya dari bawahku.


5)    Gunakan posisi yang betul semasa berdiri,duduk dan mengangkat barang.

Diharap info ini berguna kepada muslimin dan muslimat yang sayang dengan anugerah ALLAH yang tidak terhingga ini iaitu tubuh badan manusia itu sendiri.Hargai lah apa yang ALLAH berikan kepada kita dengan menjaganya sesempurna yang mampu.
Doa untuk kesihatan yang baik:

Ya ALLAH, sihatkanlah badanku.Ya ALLAH sihatkanlah /tajamkanlah pendengaranku.Y ALLAH sihatkan/ tajamkanlah penglihatanku.Tiada tuhan selain dia.3 kali

(Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 701, Abu Daud 5090)


2 ulasan:

  1. Salam kak.. saya cuba guide akak eh berkenaan masalah "LABEL"

    1- Login
    2- Design
    3- Add a Gadget
    - akan klur popup dan akak cari kat situ gedget "label"
    4- Klik pada "Label"

    siap..

    Nanti bila masa kita nak buat posting dekat sebelah bawah tu ada tulis "Labels for this post"

    Akak letak la apa2 label yg akak suka.. contohnya AGAMA, RENUNGAN, RESEPI, KESIHATAN dan lain2. pastikan diantara satu tu dipisahkan dgn tanda koma (,)

    Selesai.

    Semoga bermanfaat.. Wassalam.

    BalasPadam
  2. lagi info tentang artritis di SIHAT SELALU - Artritis Memakan Sendi

    BalasPadam