Jumaat, 11 Februari 2011

RUKUN HAJI-TAWAF







RUKUN HAJI (6 PERKARA)
RUKUN UMRAH (5 PERKARA)
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib

 3. Tawaf di Kaabah
TAWAF RUKUN (IFADAH) DI BAITULLAH)
Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu haji dan yang kedua pentingnya selepas wukuf di Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ini hendaklah dilakukan atau dilaksanakan selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur atau menggunting rambut dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas melontar kesemua Jamrah dari 11 hingga 13 Zulhijjah.
 
SYARAT-SYARAT TAWAF

Permulaan waktu tawaf rukun ialah selepas tengah malam hari raya qorban, iaitu selepas wukuf di Arafah. Tiada waktu akhir baginya, iaitu boleh ditangguhnya kepada bila-bila masa, tetapi jika ditangguhkan tawaf ini, maka belum boleh bebas lagi dari beberapa pantang larang ihram, seperti nikah, bersetubuh dan bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan tanpa berlapik serta ada syahwat. Syarat-syarat tawaf itu ialah :-

  1. Suci dari hadas kecil dan besar,
  2. Menutup aurat seperti di dalam sembahyang
  3. Suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat
  4. Hendaklah dimulakan tawaf itu dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penujuru Ka'bah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Ka'bah yang tidak bersetentang dengan hajar aswad, maka tidaklah dikira pusingan itu hinggalah dia sampai pada sudut Hajar Aswad itu maka barulah disitu dikira permulaan tawafnya.
  5. Hendaklah Ka'bah sentiasa di sebelah kiri ketika berjalan kehadapan mengelilinginya dan tidaklah sah selain daripada yang demikian, seperti berjalan dengan mengundur atau berjalan sedang ka'bah dikanannya atau lain-lainnya.
  6. Ketika hendaklah memulakan tawaf, seseorang itu kenalah berdiri dengan bahu kirinya berbetulan dengan hajar aswad, walaupun Hajar Aswad itu jauh daripadanya.
  7. Wajiblah tawaf itu dikerjakan sebanyak tujuh kali pusingan
  8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam Masjidil Haram dan diluar dari bahagian Ka'bah seperti Hijir Ismail dan Syazarwan (tembuk yang dijadikan bingkai di kaki Baitullah, kerana termasuk di dalam ka'bah.)
JENIS-JENIS TAWAF 
Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:-

  1. Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi mereka yang mengerjakan umrah)
  2. Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran disunatkan tawaf qudum,
  3. Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
  4. Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal) ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-Haram.
SUNAT-SUNAT DALAM TAWAF
    1. Menghadap Hajar Aswad diwaktu mulai tawaf sambil melakukan istilam (mengucup hajar aswad)
    2. Meletakkan pertengahan kain selendang di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki. Istilah bagi perbuatan ini dinamakan ITTIBAK.
    3. Berjalan cepat, seperti berjalan-jalan anak.
    4. Berjalan kaki ketika tawaf (kecuali bagi mereka yang uzur bolehlah diusung)
    5. Berturut-turut tujuh kali pusingan tawaf itu.
    6. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
    7. Membaca zikir dan doa.
    8. Sembahyang sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula sembahyang itu dibelakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana sahaja di dalam Masjidil Haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan