Rabu, 2 Mac 2011

KUDIS BUTA





Penyakit ini adalah  disebabkan hama atau parasit yang bernama Sarcoptes scabiei.Hama ini mempunyai seks jantan dan seks betina .Hama betina boleh dilihat  di bawah kanta pembesar.Badan  hama betina yang lebih besar daripada jantan memudahkan proses peneluran.Hama betinalah yang menyebabkan penyakit kerana hama jantan akan mati selepas sahaja ia menjalankan tugas-tugasnya yang tertentu unutk membiakkkan jenisnya.

Kadar bilangan telur yang dihasilkan oleh seekor hama betina adalah antara  5 hingga 10 biji dan hanya 3 hingga 4 buji yang menetas  dan seterusnya membentuk morfologinya dan menjadi hama yang aktif selepas 7 hari.

Hama jantan lebih kecil dan tidak boleh dilihat oleh kanta pembesar.Kitaran hidupnya dalam lingkungan 2 hingga 3 minggu.Habitatnya adalah di atas permukaan kulit di bahgian stratum korneum.Pembiakannya  berlaku melalui proses  kopulasi  antara hama jantan dan hama betina.




Hama ini biasanya di temui di pergelangan tangan ,dicelah paha , di celah ketiak , dicelah jari kaki , dan di tempat tertentu di bahagian badan.Walau bagaimanapun hama Sarcoptes ini tidak terdapat di bahagian muka. Lebih kurang 15 ekor hama betina  yang subur sahaja  boleh berada dipermukaan  kulit pesakit.

CIRI-CIRI KLINIKAL

Tanda-tanda awal penyakit ini ialah berasa gatal apabila pesakit berpeluh dan pada waktu malam terutama lewat malam menyebabkan pesakit tidak boleh tidur   dengan lena .Bintil-bintil halus yang mengandungi cecair jernih (vesikel)  akan terjadi ditempat gatal itu.Tempat-tempat gatal itu adalah terowong yang digali oleh hama betina itu.

Rasa gatal ini adalah tindakbalas badan apabila telur menetas dalam terowong tersebut dana anak hama mula merayap pada waktu malam.Dalam masa 2-3 hari bintil halus ini akan pecah  bernanah akibat infeksi kuman/bakteria.

Masa ini pesakit akan mengalami deman dan kesihatanya terganggu  terutama sekali dikalangan kanak-kanak.Dianggarkan kurang 1% daripada kanak –kanak yang menghidap skabies akan menghidap penyakit buah pinggang (Glomerulnophritis) dalam masa 10 hingga   15 tahun kemudian.

RAWATAN

1.Penyakit ini senang diubati dan dikawal jikalau semua pesakit mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh doktor.Semua ahli keluarga yang bersentuhan dengan pesakit mestilah dirawat dengan  rapi.Jikalau penyakit ini berlaku di asrama maka semua ahli asrama mesti diberi rawatan.

2. Rawatan mestilah dilakukan serentak  dengan menyapu ubat diseluruh badan dari leher sampai ke kaki.Pastikan ubat itu disapu tepat  pada habitatnya.Rasa gatal akibat hama ini tidak akan hilang sehingga 1-2 minggu  selepas tamat rawatan, tetapi simptom  ini akan  berkurangan perlahan-lahan.

3. Pesakit tidak dibenarkan mandi selam 48 jam selepas disapu ubat.Ubat hendaklah disapu  hanya pada waktu malam.Ini bertujuan membunuh hama tersebut.

4.Pesakit hendaklah memakai pakaian yang sama semasa rawatan.Selepas rawatan  pakaian itu hendaklah dicuci seperti biasa dan dijemur dibawah terik matahari.Panahan matahari boleh membunuh hama yang terlekat di baju.Tilam,bantal dan kusyen yang bersentuhan dengan pesakit juga eloklah dijemur dibawah matahari.Hama ini boleh juga dibunuh dengan menggosok baju dengan sterika yang agak panas.

Antara ubat-ubat yang digunakan  ialah:
I)...Cecair 25% Benzyl Benzoate.Untuk kegunaan kanak-kanak larutan ini hendaklah  dicampurkan dengan air sama banyak supaya kepekatan larutan menjadi  12.5%
ii)...6% Salap (ointment) sulphur
iii)... Losen Crotomion 10%
iv)...Cecair 1% gamma Benzene Hexachloride.Ubat ini kami sekeluarga pakai masa kena penyakit ni beberapa tahun yang  lalu .Kami menderita penyakit ini selama setahun.
v)...Campuran 3% dan 6%  sulphur dalam losen Calamine yang sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.
vi )...Tetmosol , sejenis sabun yang sesuai untuk kegunaan umum sebagai  profilatik (pencegahan).

KESIMPULAN
Penyakit skabies mudah berjangkit kepada seorang  dengan seorang yang lain.Jika ada sejarah bersentuhan dengan orang yang mengidap skabies selama sekurang-kurangnya 2 hari insyaAllah seeorang itu akan dijangkiti skabies.

Skabies juga boleh berada pada haiwan kesayangan anda seperti kucing  , arnab dan anjing.Ianya adalah disebabkan oleh haiwan yang berjenama  tungau.Spesies yang hidup pada haiwan –haiwan ini adalah Cheyletiella.Gejalanya seakan-seakan skabies tetapi habitatnya adlah pada bulu binatang.

Tungau  yang menumpang pada ayam pula bernama Dermanyssus Gallinac.Tungau berdua ini pula boleh berjangkit kepada manusia.Apabila dijangkiti maka akan keluarlah bintat-bintat kecil merah yang gatal iaitu papul urtikaria.Bintat merah ini adalah merupakan tindakbalas alergi badan terhadap gigitan tungau ini.
Tetapi usahlah risau kerana tungau tidak akan bertahan lama diatas tubuh manusia kerana ia mempunyai habitat yang berlainan.Lagipun suhu badan manusia dapat mencegah pembiakan tungau ini.

Keluarga ummu biasanya akan kena gigitan tungau ini apabila pulang kekampung halaman.Biasanya kalau kena gigit ubat sapu yang kami pakai adalah Tea Tree oil  Hpa ataupun minyak Herba Hpa.Tak pernahlah pula ummu pergi farmasi cari ubat.Tea Tree atau Melaleuca alternifolia ini bersifat antibiotik yang dapat membunuh kuman dan mencegah pertumbuhan mikrob.dalam minyak herba pun ada speisis pokok yang dapa bunuh mikrob iaitu Myristica fragrans

Tapi di farmasi ada ubatnya seprti Calamine losyen dan ubat daripada kumpulan steroid ringan.Sapulah 2 atau 3 kali sehari bagi menghilangkan gatal.Tak usah garu banyak takut berkudis pulak .


                                                                      TEA TREE OIL





Tiada ulasan:

Catat Ulasan