Isnin, 18 April 2011

MINYAK ZAITUN - RAHSIA DAN KHASIAT TERSEMBUNYI


Fakta Saintifik Tentang Minyak Zaitun


Minyak Zaitun adalah kaya dalam pati asid lemak (essential fatty acids) yang diperlukan tetapi tidak terdapat secara semulajadi dalam tubuh. Ianya hanya boleh di dapati dari pemakanan. Nisbah pati asid lemak Omega-6 dan Omega-3 (1:10) adalah sama seperti di dalam susu ibu. Minyak Zaitun tidak mengandungi trans fatty acid yang merbahaya. 



Asid oleic ialah asid lemak tak tepu (monounsaturated) yang utama dalam Minyak Zaitun. Ianya memain peranan utama dalam pencegahan penyakit cardiovascular, barah dan penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Asid oleic juga merendahkan kolesterol tidak baik (LDL) manakala kolesterol baik (HDL) dikekalkan. 

Antioksidan melindungi sel daripada bahan toksik dan perosak seperti radikal bebas dalam tubuh. Antioksidan semulajadi dalam Minyak Zaitun adalah dalam bentuk Vitamin E dan flavanoid.



Arteriosclerosis dan Kolesterol

Antioksidan didapati secara semulajadi dalam minyak zaitun dalam bentuk Vitamin E dan flavanoid. Terdapat sebanyak 1.6mg Vitamin E dalam setiap sudu besar Minyak Zaitun oleh itu ianya menjadi pemakanan yang sangat penting untuk menguatkan sistem imun tubuh dan memastikan fungsi urat darah yang baik.
Minyak zaitun mencegah masalah arteriosclerosis dengan dua cara. Ia mengurangkan kemampuan darah untuk membentuk darah beku yang dibantu oleh makanan berlemak. Kandungan antioksidan yang tinggi mepertingkatkan ketahanan LDL daripada teroksid oleh radikal bebas, oleh itu merendahkan risiko LDL rosak membentuk plak di dinding pembuluh jantung.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Minyak Zaitun yang tetap dan berterusan berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular dan tekanan darah.

Tekanan Darah Tinggi


Kajian juga menunjukkan kandungan antioksidan polyphenol dalam Minyak Zaitun memberi kesan menurun kepada tekanan darah systolic dan diastolic. Antioksidan tersebut menambahkan kadar asid nitric, iaitu bahan yang mengurangkan tekanan darah.

Risiko kanser berkait rapat dengan jenis lemak dalam pemakanan harian. Minyak Zaitun ialah salah satu dari jenis lemak yang tidak dikaitkan dengan risiko beberapa jenis penyakit kanser.

 

Barah


Dalam kajian yang diterbit oleh “The Journal of the National Cancer Institute” menunjukkan pengambilan Minyak Zaitun bersama sayur-sayuran dan buah-buahan menurunkan risiko barah payudara. Kandungan asid oleik dan antioksidan juga bertindak sebagai pencegah barah kolon dan prostat.

Kencing Manis


Pengidap kencing manis yang mengamalkan minum Minyak Zaitun dengan tetap menunjukkan penurunan dalam ketahanan insulin. Asid triterpenik yang wujud hanya di dalam Minyak Zaitun merangsang pembikinan enzim pancreatic untuk menghadam lemak.

Perut dan Hempedu


Minyak Zaitun memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrin ke dalam tubuh. Ia mempengaruhi perut supaya mengeluarkan asid gastric secara perlahan. Minyak Zaitun juga memastikan pengeluaran jus hempedu pada tahap optimum dengan merangsang pengejangan otot duktus hempedu. Jus hempedu yang pahit berfungsi sebagai bahan yang mengsintesis lemak dan kolesterol oleh itu kekurangan jus ini akan menyebabkan lemak untuk berkumpul dalam darah dan mendap dalam arteri-arteri.
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa jin dan syaitan berada dalam saluran-saluran darah manusia; mereka amat menyukai dan selesa berada dalam keadaan sebegini. Kerosakan hempedu barkait rapat dengan gangguan saka.




Minyak Zaitun membantu penyelerasan fungsi duodenum, menggalakkan penguncupan pundi hempedu dan memastikan pengeluaran optimum hempedu. Oleh itu, Minyak Zaitun bukan hanya merendahkan risiko penyakit batu karang, malah ia memastikan system penghadaman berjalan lancar.

Penyakit dari Kesan Penuaan


Radang sendi (athritis) berlaku apabila tulang rawan yang menutupi sendi-sendi haus. Rheumatoid arthritis adalah satu keadaan yang kronik di mana sistem imun tubuh sendiri menyerang sendi-sendi dan menyebabkan keradangan. Ahli kajian telah melapurkan kehadiran satu bahan yang dikenali sebagai oleocanthal yang berlaku secara semulajadi dalam minyak zaitun, dan berfungsi sebagai agen anti-radang. Osteoporosis juga dapat dicegah kerana kemampuan minyak zaitun dalam pembentukan tulang dan merangsang penyerapan calcium. Kandungan tinggi asid oleic dalam minyak zaitun mencegah penurunan prestasi daya ingatan dengan mengekalkan struktur selaput otak.
Badan manusia menggunakan asid oleic dalam Minyak Zaitun ntuk menghasilkan agen anti radang dan mengurangkan kesakitan oleh arthritis. Pemakanan tetap dan berterusan Minyak Zaitun menggalakkan mineralisasi tulang dan penyerapan kalsium untuk menghindari osteoporosis. Minyak Zaitun yang semulajadinya kaya dengan asid oleic juga dapat menghindari kemerosotan daya ingatan.

Minyak Zaitun Extra Virgin yang berkualiti baik berwarna kuning kehijauan.
Simpan Minyak Zaitun di dalam botol yang gelap kerana cahaya menyebabkan minyaknya cepat teroksid.

 

1 ulasan: