Isnin, 11 April 2011

TEKNIK MENCARI TITIK AKUPUNTUR





Tahap kesihatan seseorang boleh dilihat melalui keadaan kulit atau tubuh badan.Apabila kulit berasa sakit, sejuk, keras,merah,kering atau menggelupas pada bahagian -bahagian tertentu ,bererti  tubuh badan  tersebut dihidapi penyakit.Adalah penting untuk mengetahui tempat yang sakit tersebut dengan melakukan beberapa cara.

Selepas mengenal pasti kedudukan titik akupuntur ,terdapat beberapa cara memicit titik tersebut .
Antaranya  ialah:

1. Mengusap
2. Memicit
3. Menekan
4. Menggetar.




1. MENGUSAP
Mengusap bermakna seluruh tapak tangan di gunakan untuk memicit persekitaran titik tersebut. Semasa pengusapan dilakukan, tekanan telapak tangan harus stabil.Urutan secara perlahan di sekitar titik akupuntur adalah penting supaya titik-titik akupuntur yang berdekatan dapat berfugsi . Ini untuk menghilangkan penyakit dengan lebih berkesan lagi.


2. MEMICIT
Memicit digunakan dengan menggunakan telapak jari tangan. Jari ini dipicitkan pada tempat-tempat yang sakit, keras atau bengkak.Pemicitan hendaklah dilakukan dengan perlahan tetapi serata.Pemicitan secara menegak iaitu termasuk menggunakan kuku tidak digalakkan kerana boleh menambah kesakitan

3. MENEKAN
Menekan dilakukan dengan menggunakan satu atau beberapa jari pada titk akupuntur.Jari akan ditekan  selama lima saat dengan tahap tekanan antara 3- 5 kilogram.

Menekan hendaklah di lakukan beberapa kali sehingga  pesakit berasa lega.Proses menekan ini boleh di lakukan dengan cara samada dengan memusing ataupun memutar-mutar jari.

Menekan boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu tekanan secara lembut dan tekanan secara kuat.Tekanan secara lembut akan digunakan pada peringkat awal proses  ini.Setelah beberapa kali ,tekanan secara kuat pula digunakan dibahagian yang sakit.Kedua-dua proses ini akan dilakukan secara berterusan.

MENGGETAR
Prose menggetar dilakukan dengan meletakkan telapak tangan atau jari tangan pada titik akupuntur sambil menggetar atau menggoyang-goyangkan tangan.
Corak ini amat digalakkan terutama apabila mendapati kulit pesakit tebal atau keras atau tidak dijumpai titik akupuntur.

Selamt mencuba .Wallahu'allam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan