Ahad, 10 April 2011

URUTAN BERSALIN (2)



ASSALAMUALAIKUM

Hari ini ummu akan berkongsi bercerita berkenaan urut bersalin yang ke-2. Cara urutan ini ummu ambil daripada buku “penjagaan ibu hamil sebelum , semasa , sesudah  & pantang larangnya”.Urutan yang diajar adalah di mulakan dalam posisi meniarap.Urutan bersalin hanya boleh menggunakan tumit tapak tangan dan dengan perlahan-perlahan.Ini di lakukan bagi mengelak berlakunya kecederaan otot atau kesan lebam pada badan selepas mengurut.

TIDUR TELUNGKUP / MENIARAP/

1) Sapukan bahagian belakang ibu dengan minyak urut .Mulakan dengan memicit bahu kanan dan kiri dengan cara memicit-micit lebih kurang 2 atau 3 minit.Ulang sebanyak 3 kali. Kalau ummu kira urutan dilakukan selama 6-10 minit setiap satu.
----Untuk memulihkan lenguh di bahagian bahu

2) Kemudian urut pula belakang ibu,di bahagian tulang belikat . Urutan juga dilakukan selama 6-10 minit setiap satu.
----Untuk menghilagkan sakit-sakit di bahagian tulang  belikat atau rasa nyeri selepas melahirkan anak.

3) Picit dibahagian punggung bagi menghilangkan rasa senggal setelah melahirkan anak. Urut selama 6-10 minit.
Beralih kebahagian bawah punggung  dan peha .

4) Urut  ke bahagian betis.Picit dan urut selama dua atau tiga minit.Ulang dua    atau tiga kali.
    
5) Urut di bahagian pergelangan dan buku lali, gunanya untuk membuang  angin pada sendi –sendi dan buku lali.Lakukan cara ini selama 3 minit,   
  Ulang 3 atau 4 kali.
 
 6)Silang betis ke kiri dan k e kanan.Lakukan cara ini 2 kali .Cara ini adalah untuk 
 merapatkan peranakan dan peha yang renggang.

 7)Tekan kedua-dua betis yang disilang tadi ke bahagian punggung unutk merapatkan peranakan dan menghilangkan lenguh di kaki. Lakukan sebanyak 2 kali.

8) Tarik kedua-dua tangan ke belakang, sedangkan kaki bawah tekan di bahagian punggung untuk membetulkan rahim.Lakukan sekali  lagi dengan cara yang lembut dan berhati-hati.


POSISI TELENTANG


1)    Urut bahagian bahu  dan lengan kiri dan kanan. Lakukan 2 atau 3 kali. Cara ini untuk memulihkan tenaga  dan memberi ketenangan kepada ibu selepas melahirkan.

2)    Urut bahagian bawah buah dada dengan menaikkan buah dada, cara ini untuk menegangkan buah dada dan  melancarkan air susu.Urut selama dua atau 3 minit.Ulang sebanyak  3 kali.

3)    Urut bahagian pinggang perlahan-lahan selama 3 minit ,ulang 2 / 3 kali.Urutan ini adalah unutk memulihkan pinggang, agar ramping semula.Jangan angin masuk kepinggang.

4)    Urut dari pangkal peha  hingga ke lutut dan seterusnya ke betis dan jari-jari kaki. Baik untuk mengendurkan ketegangan di bahagian peha dan lutut. Juga baik untuk mengendurkan otot-otot kaki dan megurangkan ketegangan pada kaki .Lakukan sebanyak dua kali selama 3 minit.

5)    Urut dari betis ke lutut .Cara ini untuk membetulkan urat di betis dan menguatkan kepala lutut.Lakukan selama 3 minit.Ulang sebanyak 2 atau 3 kali.

6)    Urut dari betis hingga ke hujung jari kaki, untuk menghilangkan lenguh – lenguh di kaki.

7)    Buatkan juga urutan untuk membetulkan tulang belakang





POSISI DUDUK

1)    Urut di bahagian muka.Mulakan dengan mengurut kedu belah kening. Urutan ini untuk menghilangkan sakit di mata dan menghilangkan rasa pening selepas melahirkan.Cara ini juga mencegah angin meroyan naik ke kepala  .Lakukan sebanyak tiga atau enpat 
    kali.

2)    Urut di bahagian dahi untuk menegangkan kulit muka dan untuk merawat agar  ibu-ibu yang baru melahir tidak mudah mendapat pening kepala .Lakukan sebanyak 3 kali berturut-turut.

3)    Mengurut untuk menaikkan seri muka. Urut  dari dagu hingga ke tepi dahi. Lakukan selam 3 kali selama 3 minit.

4)    Picit dikiri kanan  mata untuk menghilangkan pening kepala dan menjaga mata supaya tidak cepat rabun.

5)    Urut leher dan tengkuk hingga kedua belah bahu .Cara ini untuk melegakan ketegangan  dan mengendurkan urat-urat leher dan menghilangkan rasa pening kerana tidak cukup tidur.

6)    Mengurut bahagian kepala untuk melegakan rasa pening kepala  dan menghindarkan angin meroyan naik ke kepala .Picit kulit kepala berulang kali  untuk mengeluarkan angin dari kepala..Urut beberapa kali unutk melegakan ibu.

7)    Buatkan juga urutan untuk membetulkan tulang belakang.


POSIS MENGERENG

1       . Urut bahagian punggung ke peha .

2       Buatkan urutan pembetulan tulang belakang bagi meringankan sakit di bahagian belakang.

3       Urut  pangkal lengan dan pangkal peha serentak untuk memulihkan tenaga.



wallahu'allam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan