Selasa, 5 Julai 2011

CARA-CARA MENGELAKKAN STRECHMARK SEMASA HAMIL






Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadang kala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang  cepat hingga menyebabkan kulit hilang keanjalannya.
Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan.

Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh Puan-puan amalkan bagi mengelak dari terjadinya stretchmark :
  1. Sekiranya Puan   bercadang untuk hamil, mulakan dari sekarang dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya adalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Ini juga membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.
  2. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit. Cara lain ialah dengan menyapu Bio Oil iaitu sejenis minyak yang digunakan untuk membantu mengurangkan kesan regangan. Bio Oil ini boleh didapati di farmasi dan kedai ubat.
  3. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiapkali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda. Ye lah,kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut bukan?
  4. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit Puan Ummubalqis.
  5. Banyakkan mengambil buah-buahan, air masak, minuman yogurt dan susu segar agar tubuh mendapat bekalan air yang cukup.
 


 
Wasalam,
Fazidah Abdul Latif
www.bengkungmoden.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan