Selasa, 5 Julai 2011

DAGING LEMBU TIRUAN LA PULAK.......


salam,penulis ingin berkongsi sedikit info berkaitan tajuk diatas.Terlebih dahulu jangan panik,daging lembu tiruan belum ditemui di Malaysia.Yer la kan,sebelum ni kita digemparkan dengan berita penemuan telur ayam tiruan di pasaran.

Mengenai daging lembu tiruan ni,orang China memang pakar dalam hal ciplak-mengciplak sehingga daging daging babi mereka boleh transform-kan menjadi daging lembu..Yaw!!!

Menurut sumber,harga daging lembu disana dua kali lebih mahal dari daging babi.Untuk meminimumkan kos,mereka telah menjumpai formula yang dapat memenuhi kehendak mereka untuk meraih keuntungan besar.Mereka mengunakan sejenis bahan kimia yang dipanggil "Beef extract"yang mampu mengubah rasa,kekenyalan daging babi kepada daging lembu.


Hasil daripada penggunaan bahan kimia tersebut dalam masa 90 minit sahaja,daging babi boleh menjadi daging lembu,dan apabila digoreng si pemakan akan rasakan daging babi tersebut daging lembu,walhal daging babi!!
Kesan negatif keatas penggunaan bahan kimia ini,ia boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.Apa yang penulis risaukan sekarang,Bagaimana kalau teknologi orang China ni sampai ke Malaysia??

Harap- harap tak adalah sesiapa yang pandai-pandai tiru pulak.....
Read more: http://www.enciknakal.com/2011/05/gambar-daging-lembu-tiruandaging-lembu.html#ixzz1RDPXbyh4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan