Jumaat, 5 Ogos 2011

KELEBIHAN MENJAGA IBU DAN BAPA









Assalamuaalaikum,


Ummu mahu barcerita pasal kelebihan menjaga kedua orang tua, Tak kisahlah ibubapa sendiri atau ibubapa mertua.Tapi terlebih dahulu ummu nak bercerita pasal anak yang  punya banyak alasan untuk menjenguk orang tua yang berada di kampung .Tidak kiralah apa pun alasan ,mak atau ayah di kampung senantiasa mengharapkan kepulangan anak-anak.
kalau takpun menelepon sekali  seminggu atau sebulan sekali. 


Bila sang anak tidak bertanya khabar ,maka para ibubapa akan bersedih. Kesedihan ibubapa itulah akan menyebabkan hidup sang anak tidak tenang bahkan di rundung malang.dan cerita yang ummu paparkan ini adalah cerita benar dan ianya berlaku didepan mata ummu sendiri.


Ada seorang ibu, namanya Senah(nama samaran).Ibu ini ada 6 orang anak.Tinggalnya di Johor .Semua anak-anaknya berkerjaya,ada yang bergaji kecil dan ada yang bergaji besar sehingga mencecah Rm 10.000 sebulan.Ummu nak ceritakan tentang anaknya yang nombor tiga. Namanya Adi (nama samaran ) . Tinggalnya di   Pinang .Anaknya yang lain tu punya masaalah sendiri tapi tak ketara sangatlah.Yang nombor 3 ni punya masaalah yang beriringan dengan apa yang dikeluhkan , Sangatlah ketara  .Apabila berjumpa ibunya semasa pulang kekampung  tak kiralah cuti sekolah ke atau cuti musim perayaan .Nak tau tak apa masaalahnya  iaitu jauh dan penat untuk pulang kekampung menjenguk ibunya,


Bila balik kampung je,Adi(nama samaran) akan berkata jauh betullah atau penat betullah balik kampung ni. Mak cik senah pun berkata pula,,tak apelah Adi kalau jauh dan susah ,,,tak pelah tak balik kampunglah....Nak dijadikan cerita ,,,,,Mulanya Adi berkerja di Johor, kemidian di pindakn ke Melaka dan dipindahkan kerja nun jauh di utara iaitu di Kedah .Bila kerja di Kedah lagilah bertambah jauh jarak perjalanan balik kampung lagilah bising Adi,,,,,,,,Lalu Allah Jauhkan lagi jarak perjalanan Adi dengan masaalah isterinya yang mengidap penyakit kronik yang menyebabkan Adi mungkin tak dapat balik kekampung lagi selepas ini.


Begitulah ceritanya bila banyak sangat alasan untuk menggembirakan hati para ibubapa. Lalu Allah susahkan dan susahkan lagi hidup anak itu kerana dosa yang kita lakukan kepada ibubapa akan Allah balas di atas mukabumi Allah ini Tak payah tunggu meninggal dunia.


Disiniummu catatkan nasihat Luqman al-Hakim:



  Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
                        Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
                        Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"


Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa anda.selalulah balik kampong atau menelepun bertanya khabar.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan