Isnin, 12 September 2011

ALLAH YANG MENGHILANGKAN KESAKITAN, UBAT HANYALAH ALAT





PENYAMPAI: Tuan, anda baru-baru ini berkata bahawa berdoa adalah perisai terhadap kumpulan perbuatan-perbuatan syirik kepada Allah. Anda telah mengatakan yang berikut dalam satu temu bual anda; "Sebagai contoh, mari kita anggap bahawa seseorang yang bakal melakukan sesuatu kerja, beliau percaya yang pekerjaan itu akan terlaksana dalam sistem tersebut. Sebagai contoh, mari kita anggap bahawa dia mempunyai sesuatu kerja .. Diamenganggap dia yang akan berbuat demikian. Semoga Allah jauhkan, dalam kes itu masalah mula datang berturut-turut, Allah akan menarik tanah dari bawah kakinya, semoga Allah menjauhkan. Dia sepatutnya memulakan kerja dengan berdoa kepada Allah. Seseorang perlu berkata, "Tuhanku, semoga Engkau dapat memberikan yang terbaik untuk ku , semoga Engkau membuka jalan untukku tentang perkara ini, semoga Engkau membantuku."
ADNAN OKTAR: Sudah tentu, ini sangat penting. Sebagai contoh, seseorang itu sakit kepala dan dia berkata; "Saya akan mengambil pil dan ia akan sembuh" .. Itu tidak boleh diterima. ubat hanyalah alat. Seseorang harus melihat ia sebagai satu bentuk permohonan doa. Sebagai contoh sesuatu terjadi dan dia berkata "Saya akan menulis petisyen tentang perkara ini dan ia akan dapat diselesaikan." Itu bukan kepastian, dia harus menganggapnya sebagai satu alat. Atau seseorang mungkin berkata; "Saya akan mendermakan wang padanya dan ia dapat diselesaikan." Itu tidak boleh diterima; dia harus melihat semua itu sebagai alat dan tahu bahawa hanya Allah yang mencipta segala-galanya, insha'Allah. Maka dia akan dilindungi dari syirik yang terselindung.       
Aug 20, 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan