Isnin, 20 Februari 2012

Apa Ertinya Saya Menganut Islam- Fathi Yakan

                                                                       
                                     Ringkasan buku (APA  
                                  ERTINYA SAYA MENGANUT 
                                 ISLAM ) oleh Fathi Yakan

                      Buku ini terbahagi kepada 2   
                      bahagian:

               1)       Sifat-sifat yang mesti     
                         ada  pada  setiap   Muslim



             2)       Kewajipan beramal untuk 
                         Islam dan kewajipan 
                         menggabungkan diri  
                         dalam  harakah Islamiah




Bahagian pertama: Sifat- sifat yang mesti ada pada setiap Muslim


Saya mestilah:


þ      Muslim dari segi aqidah


þ      Muslim dari segi ibadah


þ      Muslim dari segi akhlak


þ      Muslim dari segi keluarga


þ      Dapat menguasai diri saya


þ      Yakin masa depan Islam yang gemilang


Muslim dari segi aqidah

                Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim, saya mestilah:


1)       Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam ini


2)       Yakin bahawa alam ini diciptakan dengan tujuan tertentu


3)       Yakin dengan para Rasul


4)       Yakin bahawa matlamat hidup manusia dalamkehidupan di dunia ini ialah untuk mengenal Allah, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya


5)       Yakin dengan syurga dan neraka


6)       Yakin bahawa setiap yang baik dan buruk itu berlaku atas kehendak Allah


7)       Yakin bahawa syariat dan undang-undang Allah adalah mutlak- tidak boleh dipertikai


8)       Ambil tahu Asma ul Husna


9)       Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah


10)    Ambil tahu ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah


11)    Yakin bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti


12)    Mengabdikan diri hanya kepada Allah


13)    Takut semata-mata kepada Allah


14)    Sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dalam keadaan diam ataupun bersuara


15)    Mencintai Allah


16)    Bertawakkal dalam segala perkara


17)    Bersyukur


18)    Selalu bertaubat


19)    Sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan