Rabu, 1 Februari 2012

Haji





Assalamualaikum.
Baru 2 bulan ummu meninggalkan Tanah Haram Mekah, makin terasa rindu dengan Baitullah.  Terutamanya rindu dengan bacaan imamnya , rindu dengan air zam-zam, rindu dengan solat jenazah  yang disolatkan hampir setiap  waktu solat dan rindu pada polis wanita yang menjaga keamanan Masjid Haram .Yang paling ummu rindu ,,merenung baitullah setiap hari antara maghrib dan isyak.Moga- moga ummu dapat menziarahi baitullah lagi di lain tahun.Juga rindu pada kawan -kawan sebelah bilik ummu,yang banyak berkongsi kisah suka dan duka di Mekah.Rindu juga kepada makcik-makcik yang Ummu pernah bekam dan urut.Agaknya macammana mereka sekarang .Moga mereka berada dalam rahmat Allah hendaknya.

Kepada  bakal-bakal tetamu Allah  ummu menyeru supaya  mengikhlaskan diri  semasa menunaikan haji atau umrah,iaitu  mengunjungi Baitullah hanya kerana Allah, bukannya kerana niat yang lain.Kepada anak-anak yang membawa bersamanya ibubapa yang sudah mencapai warga emas ,bekalkan sebuah telefon bimbit kepada ibubapa anda supaya  bila  mereka tersasar dari laluan asal tidaklah mereka terkapai -kapai mencari jalan pulang.Sekurang-kurangnya memudahkan pihak ketiga menhubungi para waris.Untuk mengelakkan dari tersesat semasa berada di Masjid haram . pastikan anda keluar dan masuk daripada pintu yang sama , kalau takut terlupa nombor pintu ,tulislah dimana -mana nombor pintu  yang anda masuk.InsyaAllah anda selamat.

Kepada para wanita yang menunaikan haji atau umrah bersama dengan wanita-wanita lain (wanita siqah) ,ummu menyeru supaya bila berada di Tanah Haram tolong menolonglah antara satu sama lain ,jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melupakan amanah yang diberikan kepada Allah ,iaitu menjaga sesama kawan-kawan.Ingatlah setiap amanah yang kita pegang akan Allah tanya diakhirat kelak.

Bagi menyelesaikan semua masaalah yang dihadapi oleh para tetamu ,digalakkan para tetamu Allah banyakkan berdoa  dan banyakkan berzikir . Diantara zikir yang ummu amalkan untuk menghilangkan
kesedihan semasa berada di Tanah Suci Mekah adalah:

1.
.
                                   Hasbunallah---Allah penolong Kami
                                   Wani'mal wakil---dan sebaik-baikpelindung
2.

                           Hasbiyallah--Allah penolong ku
                           Wani'mal wakil-- dan sebaik-baik pelindun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan