Jumaat, 6 April 2012

LAGI BERKENAAN FADHILAT BISMILAH...................



BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi).

Yang ummu merahkan itu adalah maksud doa di atas.Doa yang ummu kemukakan di atas ,ummu ajarkan pada anak-anak ummu baik anak ummu yang lelaki dan perempuan apabila mereka keluar ke sekolah ataupun bila mereka mahu keluar rumah dan memasuki rumah.Ini adalah salah satu ikhtiar dan usaha kita supaya dilindungi daripada segala kejahatan .Ummu gunakan juga semasa ummu mahu memulakan proses urutan.
  
Diantara fadilatnya lagi adalah:



  1. Dibaca 3x (tiga kali)  selepas solat.Tujauanya  untuk sebatikan ayat dalam diri kita
  2. Boleh juga  dibaca setiap masa semasa minum di kedai dan gerai dan restoran ataupun semasa mula nak makan . Sekiranya ada orang yang berniat burukseperti menghantar santau atau racun kepada kita  pada waktu itu ,dengan izin Allah SWT kita terlindung daripada kejahatan manusia itu .
  3. Doa ini boleh juga digunakan sebagai pelindung daripada segala jenis penyakit yang memudaratkan kita.
  4. Menghindar segala kemudharatan dan keburukan yang kita sendiri tidak ketahui apa yang bakal terjadi melaikan allah SWT


wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan