Isnin, 28 Mei 2012

Khasiat dan Fadhilat nama-nama Allah


Asma al-Husna yang ke-60 ialah "Al-mu'idu" yang membawa erti :" Tuhan yang mengembalikan semula semua makhluk".Setiap makhluk mempunyai penyudah iaitu ajal.Diakhirat kelak manusia akan dikembalikan semula oleh Allah Taala kepada kehidupan kali kedua yang abadi .Sifat Allah s.w.t yang " Mubdi-u dan 'mu'idu"  menunjukkan bahawa Dia-lah Tuhan ynag memulakan penciptaan.Maka dia juga yang kan mengulangi penciptaan setelah dimusnahkan dengan peristiwa qiamat.

Dari dua sifat Tuhan "Al-Mubdi-u" dan " Al-Mu'idu" maka wajarlah bagi orang-orang yang beriman supaya mengambil ikhtibar.Justeru manusia diminta berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan sifat-sifat baik pada diri.Sekiranya  usaha itu gagal maka hendaklah berusaha memulakan lagi seterusnya sehingga berjaya . Ataupun mereka hendaklah memulakan sesuatu kerja yang baik, kemudian mengulangi kebaikan itu sentiasa.Janganlah hanya sekali memulakan kerja kemudian berhenti setakat itu tanpa mengulanginya   lagi

.Begitu juga sekiranya seseorang berusaha hendak meninggalkan tabiat buruk, mestilah berusaha sepenuh hati. Sekali usaha tetapi tidak berjaya ,maka hendaklah kuatakan azam untuk terus mengatasi sehingga berhasil.Tidak merasa putus asa walaupun telah berusaha berulangkali.namun usaha mencoba dan terus mencoba hendaklah berterusan tanpa rasa bosan.


Khasiat dan Fadhilatnya

Sekiranya isteri sering keguguran dan dia bimbang berlaku lagi keguguran ,maka satu di antara ikhtiarnya ialah bacakan "A-Mu'idu"" 90 kali dengan keadaan letak jari telunjuk pada pusat isteri.Insya-Allah Kandungan akan selamat sehingga sampai masanya dilahirkan. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan