Isnin, 28 Mei 2012

Khasiat dan Fadhilat Nama-Nama Allah



Asma al-Husna yang ke-14 " A-Mushouuwir" bererti " Yang Maha Menciptakan sesuatu yang berupa" tiga nama Allah Al-Khaliq,Al-Bari, dan Al- Mushouuwir  dirangkaikan menjadi satu kerana ia mempunyai pengertian yang sama atau hampir sama ,iaitu "Tuhan Yang Maha mencipta'

Al-Khaliq dan Al-Bari Pengertiannya serupa saja , kedua -dua nya  membawa makna Yang mencipta. Bezanya hanyalah dari segi penggunaan bahasa.Ada tempatnya diguna Al-Khaliq dan pada tempat yang lain diguna pula Al-Bari.contohnya perkataan bimbit,jinjing, kilik,junjung dan gendong.Kesemuanya membawa erti" bawa" .Penggunaan perkataan yang berbeza -beza itu melihat kepada kesesuaian keadaan , namum kesemua itu membawa erti yang satu ,sama ada di bimbit ,dijinjing,dikilik,dijunjung atau digendonng natijahnya dibawa. 

Walaupun Al-Khaliq dan Al-Bari itu sama ertinya tetapi Al-Khaliq dari segi istilah yang boleh difaham  oleh manusia ialah,bahawa sebelum sesuatu itu diciptakan Tuhan yang Al-Khaliq  ter;abih dahulu telah dirancangkan dan dipertimbangkan dengan teliti.Justeru apabila Tuhan menciptakan sesuatu tidak ada yang sia-sia ataupun tidak berfaedah .Hatta rumput yang melata di tepi jalan,janganlah dikatakan tidak mendatangkan faedah atau menyusahkan orang kerana terpaksa menebasnya selalu.sekurang-kurangnya pada tebing tanah  yang mudah runtuh  dihakis air, jika ditanam rumput lalang pasti tebing tanah akan lebih kukuh disebabkan akar yang panjang dan berselirat padat didalam tanah.

Al-Bari maknanya  menjadikan,Al-Mushouuwir pula bererti Yang Maha mencipta Pelbagai rupa kejadian. Tuhan menciptakan berjuta jenis haiwan di daratan, di lautan dan yang terbang di udara , dengan setiap jenis mempunyai rupa bentuk sendiri.

Manusia adalah di antara makhluk ciptaan Tuhan yang Al-Mushouuwir ,mestilah mengambil iktibar dari sifat tuhan Yang Maha Pencipta . Jika Tuhan yang bernam Al-Mushouuwir telah menciptakan reka pelbagai makhluk yang beraneka jenis dan rupa ,maka manusia sebagai hamba -Nya wajarlah mencontohi Tuhan Ynag bersifat Al-Mushouuwir.Mereka sepatutnya menjadi jurureka.Orang-orang yang beriman sepatutnya jauh lebih maju dalam dunia rekaan bagi menghasilkan ciptaan yang pelbagai bagi kegunaan manusia.Namun malangnya ornag lain yang lebih maju seolah-olah mereka  lebih faham bahawa Tuhan itu bernama A-Mushouuwir  iaitu Tuhan Ynagg Maha Pencipta pelbagai rupa bentuk rekaan.orang islam tertinggal di belakang kerana mereka tidak menghayati ajaran islam sepenuhnya.


Khasiat dan Fadhilatnya

Jika seseorang isteri mandul hendaklah dia berpuasa tujuh hari, setiap kali hendak berbuka hendaklah dia baca "Al-Mushouuwir" atau "Ya-Mushouuwir"  21 kali dan dihembuskan kepada segelas air, dan diminum air tersebut ketika berbuka puasa. Insya-Allah Tuhan akan perkenankan bagi mendapatkan cahaya mata iaitu anak yang  bijak dan cerdas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan