Isnin, 28 Mei 2012

Khasiat dan Fadhilat nama-nama Allah




Asma Al- Husna yang ke -48 ialah " Al -wadud  " yang bererti  " Tuhan Yang Maha Kasih Sayang" pada hamba-Nya,manusia yang sempurna akal fikiran terutamanya orang yang beriman memang tahu dan sedar bahwa dirinya amat dikasihi dan disayangi Allah Taala.

ikhtibar dari sifat Tuhan yang Al-Wadud iaitu Maha Kasih dan Sayang terrhadap hambanya,maka begitu juga  sebaliknya manusia mestilah menyayangi Allah.Seperti kata pepatah melayu" orang berbudi kita berbahasa " .orang yang tidak tahu mengenang budi dipanggil sebagai  "tak reti bahasa "

Apabila seseorang itu menyayangi Allah s.w.t tidak bererti dia tidak boleh menyayangi selain Allah, tetapi tidak boleh melebihi dari menyayangi Allah.Dia hanya boleh menyayangi apa-apa yang disayang Allah Taala sahaja .Apabila dia menyayangi sesuatu sehingga Allah Taala murka, ini beerti dia tidak sayang kepada Allah  s.w.t

Khasiat Dan Fadhilat

Sekiranya suami dan isteri berselisih faham hingga terjadi pertengkaran, bacalah Asma al- Husna " Al -wadud " atau Ya-Wadud " sebanyak 1000 kali dan dihembuskan pada makanan untuk dimakan bersama dalam keluarga .InsyAllah bukan sahaja suami isteri akan berbaik semula, malah  kasih sayang akan bertambah  subur di dalam rumahtangga dengan berkat nama allah "Al- wadud' .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan