Jumaat, 18 Mei 2012

Mendinding diri dengan Al-Muawwizat

Assalamualaikum

Dengan nama Allah ana mulakan catitan ini beserta selawat serta salam keatas baginda Rasulullah S.A.W. Kita sering mendengar kisah kisah gangguan yang sering berlaku ketika tidur.Memang menjadi kebiasaan pesakit yang datang menemui perawat mengadu mereka sering mengalami mimpi yang menakutkan,terkejut dari tidur sehingga tidak dapat melelapkan mata lagi hinggalah ke pagi.Ada juga kes si pesakit menjadi resah apabila menjelang waktu tidur kerana merasakan ada sesuatu yang akan berlaku ketika mereka tidur nanti. Situasi begini akan menyebabkan pelbagai kepincangan dalam kehidupan seharian.

Sebagai orang Islam tak perlulah kita tergopoh gapah mencari bahan bahan seperti pil tidur yang dikhuatiri akan membawa kesan sampingan dan juga ketagihan. Rasulullah S.A.W telah meninggalkan kita satu amalan yang terbaik untuk diamalkan iaitu amalan surah 3 Qul. Disini ana paparkan amalan yang diijazahkan oleh  YBhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din kepada ana dan perawat Darussyifa yang lain.




Cara beramal dengan surah al - Muawwizat.

  • Unjurkan kaki ke arah Kiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca sural Al - Fatihah
  • Tarik nafas kemudian tiupkan pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sedikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit
  • Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
Semuga dengan sedikit bingkisan dari ana ini dapatlah kita amalkan sebagai pendinding diri serta menghidupkan kembali amalan yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W pada suatu masa dahulu...Wassalam.

ummu copy daripada

http://terapibekamelaka.blogspot.com/2012/04/pedinding-dengan-l-muawwizat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan