Isnin, 21 Mei 2012

Vco dan Ramadhan


Nota: Minyak kelapa dara  adalah tergolong dalam Medium Change Fatty Asid( MCFA = asid lemak rantai sedang 



Minum Minyak Kelapa Dara ( kaya dengan MCFA)....Menambah tenaga & menyimpannya  lebih lama.
Makan makanan yang mengandungi MCFA seperti menggunakan bahan bakar oktan tinggi sebagai bahan bakar kenderaan. Kenderaan akan lebih laju dan lancar serta mampu mencapai jarak kilometer yang lebih jauh. Begitulah, dengan MCFA, tubuh dapat bergerak lebih baik kerana mempunyai lebih banyak tenaga dan daya tahan yang lebih besar. Ini kerana MCFA disalurkan secara lansung ke dalam hati dan diubah menjadi tenaga, tubuh mendapatkan tambahan tenaga. Oleh kerana MCFA dengan mudah dapat diserap oleh organ sel penghasil tenaga, maka metabolisme akan meningkat. Peningkatan energi ini mempunyai pengaruh perangsangan pada seluruh tubuh.

Fakta bahawa MCFA dicerna secara lansung untuk menghasilkan tenaga dan merangsang metabolisme telah mendorong para atlit untuk menggunakannya  sebagai bahan untuk meningkatkan ketahanan tenaga semasa latihan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap daya tahan fizikal tikus yang di beri MCFA pada makanan harian dibanding dengan tikus yang tidak di beri MCFA. Kajian ini dilanjutkan sehingga lebih dari enam minggu. Tikus didorongkan  pada ujian daya tahan renang setiap dua hari. Ditempatkan pada satu takungan air dengan arus yang tetap. Waktu berenang sebenar sehingga ia keletihan diukur. Didapati pada pertama kalinya hanya ada sedikit perbedaan diantara  tikus yang diberi makan MCFA dengan yang tidak diberi MCFA. Hari-hari berikutnya mendapati bahawa tikus yang diberi MCFA  mulai mengungguli tikus lainnya dan semakin lebih baik di sepanjang waktu  ujian.

Ujian ini seperti mendemontrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada tikus.

Satu kajian (analisa) lainnya dengan menggunakan subjek penelitian manusia mengikut asas penelitian pada haiwan di atas. Dalam penelitian ini di libatkan atlit berbasikal. Para atlit tersebut dikehendaki minum salah satu dan tiga minuman iaitu (1) larutan MCFA, (2) minuman olah raga atau (3) kombinasi minuman olah raga dengan MCFA. Mereka diminta mengayuh basikal mereka pada 70% kepantasan maksimalnya selama dua jam. Pada akhir ujian mereka mendapati bahwa atlit berbasikal yang meminum campuran minuman olah raga dengan MCFA berpenampilan paling baik dalam ujian masa.
MCFA Minyak Kelapa Dara mampu mengawal dan menyimpan glikogen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan