Sabtu, 9 Jun 2012

Petua untuk bakal ibu



SETIAP pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata 
sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling 
ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama 
kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.


Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap 
pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti 
sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. 


Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis
sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness,
 loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.


  • ·  Penjagaan kuku tangan kaki — Anda sering mendapatkan 
     rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak 
    melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama
    usia kandungan anda.
    Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi
    bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga
    menghindarinya.

    ·  Jalani rawatan muka — Jika sekadar mencuci biasa
    menggunakan produk bebas daripada bahan kimia,
    tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan
    bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

    ·  Mewarna rambut — Seboleh-bolehnya elakkan,
    terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana
    dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke
    dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

    ·  Kasut bertumit — Tak perlu bergaya dengan kasut
     bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia
    kehamilan, semakin bertambah berat badan yang
    mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat
    ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

    ·  Ubat nyamuk — Elak apa saja jenis ubat nyamuk
    tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan
    sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia
    berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

    ·  Derma darah — Ibu hamil tidak digalakkan menderma
     darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah)
     sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

    ·  Bawa barang — Elak membawa barang berat, apatah lagi
    setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

    ·  Durian — Elak memakan durian, terutama pada
    trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang
     kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

    ·  Kapal terbang — Elak menaiki kapal terbang pada
    trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda
    tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi
    masalah kesihatan. Tekanan di udara
    boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

    ·  Gincu bibir — Jika anda suka memakai gincu
    ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir.
    Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika t
    ertelan boleh membahayakan janin
    .
    ·  Krim pemutih — Lupakan krim pemutih ketika ini.
    Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

    ·  Ubat jerawat — Wajah anda dipenuhi jerawat
    setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor
    perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan s
    eketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin
    membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih
     selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan
    penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi
     jerawat setelah melahirkan nanti.

    Nutrisi penting sewaktu hamil 

    ·  Protin — Pastikan tiga makanan utama diambil
    mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging,
    telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

    ·  Kalsium — Banyakkan pengambilan susu,
    ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk
     tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

    ·  Zat besi — Banyakkan pengambilan daging merah
    bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu
     di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering,
     kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

    ·  Asid folik — Ia sangat penting dalam kehamilan.
     Ia membantu mengatur pembentukan
    sel saraf ‘embryonic’ dan ‘fetal’ yang penting untuk
     tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan
     makanan mengandungi asid folik seperti barli,
    daging lembu, beras perang, keju, ayam,
    buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing
    , hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum
    dan bijirin

    ·  Serat — Banyakkan mengambil makanan serat
    tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan
    zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein.
     Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
    ·  Air — Amalkan meminum air putih lapan hingga
    12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan
     cecair seperti susu, jus dan sup
    `


    ·   VITAMIN PENTING SEBELUM BERSALIN

    B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk
    ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi
    orang yang pucat.

    B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera ,
    menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga
    boleh diamalkan sebagai rencana pemakan
    tambahan bagi wanita yang sudah menaglami
     menopaus untuk masalah kereputan tulang .

    B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk
     tidur , pelupa malas dan perasaan takut – takut.

    B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan
     lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

    B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut,
    penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.

    PETUA MUDAH BERSALIN
    1)      Minum Minyak kelapa dara 

    Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak
     kelapa dara  sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
     Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum
    setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.Tapi kalau
     ibu -ibu punya tekanan darah rendah jangan minum
    kerana ia akan menurunkan lagi tekanan darah ibu-ibu .
     Kadar minyak satu sudu teh. 
    Klik disini untuk mendapatkan minyak kelapa dara hafiz

    Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

    2)      Pemakanan Salindah (dicadangkan)

    Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita
     semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah
    mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari
    semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan
     suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.
    Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum
     wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat
    melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh
    daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar
    daripada aneka rupa masalah waktu mengandung,
     semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu
     mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman
     yang dapat dinikmati.

    Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
    · 
    Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein,
    sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol
    dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga
    tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti
     kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan