Selasa, 12 Jun 2012

Tips Menggunakan Komputer Agar Tidak Merosakkan Mata



Tidak hanya menyebabkan mata menjadi letih, menatap skrin komputer
 terlalu lama juga boleh merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara
 tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara menggunakan komputer
 yang tepat.  

Menurut sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya 
seperti sinar X atau cahaya ultraviolet.

Jadi, keletihan yang biasa terjadi semasa menatap skrin komputer terlalu lama
 bukan kerana paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain, seperti yang 
dikutip dari lifemojo. 

Faktor lain tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer
 atau barang lain yang tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau 
yang biasa disebut Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata 
gatal atau terasa terbakar, penglihatan kabur serta sakit kepala.

Beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata 
dari keletihan dan ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus 
dilakukan adalah pengaturan posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik)

1. Jauhkan komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang
 sepanjang lengan dari mata anda. Usahakan agar monitor sejajar
 dengan arah pandang mata anda.

2. Sengetkan skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat.
 Ini berguna untuk mendapatkan jarak pandang yang optimal.

3. Atur cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika 
cahaya terlalu terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa 
untuk mengatur brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara 
huruf dan latar belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, 
sebaiknya monitor diganti segera.

4. Jika terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan 
komputer dalam waktu yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin
 komputer serta ukuran huruf yang 
lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh 
diterima dengan baik oleh mata.

5. Gunakan kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar.
  Selain itu, gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang.


# Amalkan jika anda sayang mata anda :)
 
copy daripada mieneaststar.com
 

2 ulasan:

  1. buleh sakit kepala klu mengadap laptop lama2

    BalasPadam
  2. tok soh hadap lama-lama , tengok komputer jap lepas tu pandang jauh2,,pas tu tengok balik komputer

    BalasPadam