Selasa, 24 Julai 2012

BERKAHWIN DENGAN ORANG BUKAN JEMAAH



















 Fatimah membentak. “Saya tidak mahu berkahwin dengan dia.
 Dia bukan jemaah kita. Nanti kerja dakwah saya dihalang.
Dia baik. Memang baik. Itu saya akui. 
Tapi dakwah ini lebih penting.”

Ustazah Sakinah diam seribu bahasa. Payah hendak menyelesaikan
 ribut yang melanda jiwa Fatimah waktu ini.

“Tapi Mah. Ustazah kenal dia. Dia baik. Kenapa tidak dia Mah?
Kenapa tidak?
Bertaqwalah kepada Allah.” Ustazah Sakinah bersuara.

“Ustazah. Beban dakwah atas pundak saya yang
Allah berikan ini lebih utama saya dahulukan.
Saya takut bila bernikah. Saya dihalang oleh 
dia. Saya tidak mahu. Dia tidak akan faham ustazah.
Dakwah di atas bahu saya ini amanah dari Allah!”

Ustazah bingkas memotong, “Fatimah. Ustazah akan cuba
bincang dengan yang lain.
Mungkin boleh diaturkan ta’aruf dengan para ikhwah dari
jemaah kita 

Ustazah Sakinah cuma mampu diam. Semangat
membuak-buak Fatimah dalam menebar dakwah
tidak mampu dihentikan. Tapi untuk menolak
seorang lelaki yang baik, hanya beralasankan takut
dakwah dihalang. Ini satu keracunan.

“Fikrah yang baik sepatutnya selari dengan
suruhan Nabi.Walhal Nabi menyuruh menerima
lamaran dari lelaki yang baik.
 Tapi Fatimah?
Ah… Fatimah jelas sekali melanggar fitrah agama.” 
 Bicara Ustazah Sakinah sendiri.

Dia kebingungan. Apa patut dilakukannya?
Fatimah terlalu degil. Tersangat degil.

“Berilah hidayah kepadanya ya Allah. Berikanlah.”

Ustazah Sakinah terus termenung dan terkedu.
 Nampak pada kelopak
matanya perasaan kesal. Jerih. Bila orang dalam
dakwah semakin hanyut dan meminggirkan syariat,
hanya kerana berperisaikan dakwah.





APA KATA KITA?

Monolog 1:
Beban dakwah yang dipikul apakah sehebat beban
dakwah Nabi kita SAW?
Apa berat benar beban itu sehingga lebih hebat dari
beban kepunyaan Nabi?

Nabi juga bernikah.
Imam Muslim yang meriwayatkan begitu. “Demi Allah!
Aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertaqwa
daripada kamu. Namun aku
berpuasa dan berbuka. Aku menghidupkan
malam dan tidur.Aku juga berkahwin dengan wanita.
Sesiapa yang membenci
sunnah, maka dia bukan daripada umatku.”

Apa Nabi SAW tidak berdakwah?
Binasalah orang yang berdusta. Binasalah.



Monolog 2:
Kenapa beralasan bahawa dakwah itu amanah
yang mesti didahulukan, 
dan meminggirkan pernikahan?

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah; “Apakah kamu
beriman kepada sebahagian daripada al-Kitab
dan ingkar terhadap 
sebahagian yang lain?”

Jika mampu beriman dengan wahyu Allah dalam
hal bersangkutan dakwah.kenapa ingkar dalam hal
perkahwinan? Celakalah orang yang ingkar.



Monolog 3:

Para isteri Nabi SAW juga berdakwah. Siapa ingin
menidakkan bahawa mereka penebar dakwah? Mereka
berdakwah dan berkahwin. Tiada halangan dalam dakwah
selepas bernikah. Cuma pada kadar yang ditetapkan.


Kenapa mesti menolak jodoh yang baik
disebabkan takut dihalang usaha dakwah?
Dakwah mesti diiringi dengan ketaatan. 
Taatlah kepada Allah.

Taatlah. Taatlah. Taatlah.


p/s :

1. Apa pendapat sahabat-sahabat? Bagi ana baik sahaja tidak cukup.
Kefahaman Islam itu yang penting. Sebaiknya pilihlah sejemaah.
Jika ada kepentingan yang lebih aula' (kecuali kepentingan paras
rupa dan materialistik) pilihlah berfikrah
 islami. Agar jalan dakwah yang kita pilih ini tidak
terbantut dan impian baitul muslim dapat dibina.
Bahkan mampu melahirkan 
Muhammad al-Fateh era 20-an.

2. Lelaki baik yang ana maksudkan dalam ceritera
di atas bermaksud berfikrah islami tetapi bukan
ahli jemaah. Cuma apa yang mahu 
ditekankan kadang-kadang 
jika sampai jodoh yang baik, cukup sifatnya mampu
mengetuai bahtera rumahtangga 
ke syurga Allah, usahlah berlaku kejam dengan
menolak secara membuta tuli.

Bagi pihak muslimin usahlah memilih sangat.
Muslimat sejemaah ramai, 
jangan pula dicari orang luar kerana rupa.
Jalan dakwah tidak sesekali di"roadblock"
 jika pasangan kita faham dengan uslub dakwah
yang Nabi kita bawa, bahawa ini adalah
 perjuangan bersama. Tidak pernah terhenti.
 walau tidak berpengalaman,
 hanya mencetus pendapat untuk persediaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan