Rabu, 4 Julai 2012

Bertanggas

 Assalamualaikum  kepada tetamu blog ummu ,Pagi ni ummu  akan bercerita pasal bertanggas,biasanya lebih dikenali kepada para  ibu yang bersalin,.Tapi cara bertanggas sekarang telah dimodenkan ,ada macam -macam cara para ibu boleh buat .Jadi pagi ni ummu nak berkongsi cara-cara bertanggas dirumah (do  it your self) .  

Cara ni ummu copy  dari  blog   http://iceblessedbeauty.blogspot.com.Tapi yang dah ummu cuba adalah  yang pakai kerusi tu lebih selamat  dan santai.Seronok juga mencuba ,tak pernah di buat sebelum ni,,nak jadi mak bidanlah katakan,,, kenalah merasai sendiri  apa yang para ibu rasakan semasa bertanggas hehehe

Bertanggas ni rupanya ada dua cara : 

1. Bertangas Kering
  • Untuk mengecutkan segala ketumbuhan dalam rahim, menghilangkan keputihan, merapatkan rahim, mengharumkan kewanitaan kita, dan mengecut kembali ligamen yang memegang rahim wanita untuk memberi kebahagiaan kepada  pasangan suami isteri
  • Khas untuk wanita yang belum putus haid dan wanita yang tengah kemuncak waktu berhubungan kelamin . Dalam ertikata lain yang berumur 25-40.
  • Juga khas untuk study case: Fibroid, cyst, endo,dan segala ketumbuhan di dalam rahim.
  • Untuk wanita selepas pantang 
2. Bertangas Basah
  • Tujuannya untuk mengembalikan "kelembapan: kewanitaan, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monapous atau yang telah monapous.

Bilakah aktiviti bertangas ini perlu dilakukan?
  • Hari haid ke-6,7&8.
  • Seminggu 3 kali kecuali period
  • Untuk study case, tiap2 hari sehingga ketumbuhan hilang atau kecut sendiri
  • Untuk dalam pantang, terbaik adalah hari ke-30 hingga hari ke-37

Cara-cara bertanggas    


Cara penyediaan tangas basah.
  1. Ambil 1 Uncang Cuci Herbanika / 1 uncang rempah ratus tanggas keluaran Sari Herbs dan rendam di dalam air panas.
  2. Tutup bekas dan tunggu sehingga uncang cuci kembang dan mengeluarkan warna seperti teh o
  3. Tuangkan Minyak Berubat Herba (bg produk NR),, kalau produk Sari herb cukuplah dengan herba tangggas sahaja.

Cara penyediaan tangas kering.
  1. Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur sehingga betul-betul panas
  2. Sediakan 1 sudu besar kunyit hidup yang telah ditumbuk, 1 sudu besar jintan hitam, 1 sudu besar halba, 1 sudu besar garam kasar (tiada dalam gambar sebab dah habis) dan 1/2 cawan perahan air limau nipis. Bahan-bahan ini Ice syorkan sebab ia senang diperolehi di dalam dapur, Kepada sesiapa yang bertangas untuk masalah sakit puan, boleh mencampurkan 3 biji majakani yang telah ditumbuk, inai yang ditumbuk, 9 biji asam gelugor. 
  3. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati
  4. Alaskan daun sireh dalam mangkuk tanah.Disebabkan ummu tak ada periuk tanah liat lalu ummu guna pasu bunga orkid  kat belakang rumah,,daun  sirih ummu ganti dengan daun mengkudu ..bau dia tak seharum bau sireh tapi tak apa janji buat
  5. Masukkan batu tungku ke dalam periuk tanah.
  6. Letakkan paste yang telah dibancuh tadi di atas batu tungku yang panas itu.
  7. Inilah rupa batu tangas untuk tangas kering yang telah siap.



Dan ini ada 3 cara bertangas yang boleh dipilih ikut kesesuaian anda:

Cara Bertangas A:
  1. Bahan: Mangkuk jamban (hehehe), surat khabar tebal.
  2. Masukkan dan ratakan surat khabar di dalam mangkuk jamban.
  3. Letakkan mangkuk betangasAmbil uncang cuci herbanika, toskan dan simpan di dalam freezer. Uncang ini boleh digunakan kembali sehingga hilang warna dan bau.
  4. Duduk dengan rapi di atas mangkuk jamban. Tapi pastikan ketika duduk, paha kita di bahagian dalam menguak dengan keadaan muka bawah yang terbuka untuk menerima wap panas dari rebusan tangas.
  5. Wrap dari pinggang ke bawah dengan tuala besar
  6. Tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan air kencing) selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit..
  7. Setelah selesai, bilas kewanitaan dengan barra gel dan buat rawatan meruang dengan minyak berubat herba.
Cara Bertangas B
  1. Bahan2nya: 1 baldi besar (yang muat-muat punggung kita). 1 bekas untuk tinggikan bekas tangas
  2. Letakkan mangkuk tangas ke dalam baldi dengan keadaan yang sedikit tinggi.
  3. Duduk di atas baldi
  4. Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala yang tebal dan besar
  5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan Barra Gel dan ruangkan kewanitaan dengan minyak berubat herba.
Cara Bertangas C
  1. Bahan2nya: Kain batik (dipakai),1 bangku plastik yang berlubang di tengahnya, 1 baldi untuk dibuat pangkin
  2. Letakkan bekas tangas di atas baldi pangkin dan letakkan kerusi plastik di atas bekas tangas
  3. Duduk dengan keadaan kain batik diletak menutupi bangku plastik tadi selama 15-20 minit.
  4. Ambil gebar yang tebal dan besar dan balut badan.
  5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan Barra Gel(produk NR) dan ruangkan kewanitaan dengan minyak berubat herba.
Mungkin kelihatan agak renyah dan leceh, tetapi dalam masa kita mandi sepanjang minggu, tidak ada langsungkah waktu 15 minit yang boleh kita buat sebelum mandi? Ini Ice dah siap bagi cara dalam bilik air sendiri ni. Tak payah nak travel gi SPA. Kiranya jualan rawatan bertangas Ice dari rumah ke rumah ni pun boleh terjejas, tapi Ice nak mudahkan kawan2 jaga diri kawan2 sendiri..Takpelah, Ice tak kisah... :)  .Moga -moga ice dapat banyak pahala kerana berkongsi ilmu


 Kalau diamalkan dengan bersungguh dan penuh berdisplin, masalah puan insyallah tak perlu sampai ke meja pembedahan. NR ada cara. Boleh dirawat dari dalam, dan dari luar sangat disyorkan rawatan bertangas ini...

Semoga info ini bermanfaat kapada para wanita diluar sana  .Terimakasikasih kepada empunya blog yakni ice yang comel




9 ulasan:

  1. saya suka entri ni...tq ice...nti nak amalkan...tp tuk buat tanggas kering cam susah ckit...ingt xdek beza ngn tanggas basah...nisa rebus manjakani je pastu buat tanggas ngn air rebusan tu..ok x?

    BalasPadam
  2. salam nisa, untuk tanggas kering boleh guna pasu bunga orkid alaskan aluminium foil.tanggas kering dan tanggas basah ada beza .tanggas kering bagus untuk wanita yang berlebihan air dan tanggas basah bagus untuk wanita yang kekurangan air seperti wanita yang berusia 40an atau hampir monopause.lagi satu nisa rebus manjakani dengan jintan hitam atau kunyit sebab dua herba ni adalah antibiotik semulajadi yang baik.sangat baik untuk kencing tak lawas.

    BalasPadam
  3. Info yang sangat berguna... terima kasih berkongsi ilmu.. boleh bertangas sendiri di rumah sb dah tahu bahan-bahannye... bertangas ni elok di buat berapa kerap ye?

    BalasPadam
  4. orang tak mengandung lagi boleh ke kak? kalau piriod saya tak regular? ok tak. saya dah kawen.xde anak lagi..pernah gugur dua kali :(

    BalasPadam
  5. Sy suka entry ini, very good info, sgt penting untuk wanita. NR mmg bagus n produk yg berkesan..Kalo nk lebih elok, guna kerusi rotan, sbb plastik yg tdedah pada suhu tinggi boleh bebaskan bahan berbahaya..

    Saya jual kerusi tangas rotan yg murah termasuk delivery. Whatsapp Fatimah 01-4437273.

    BalasPadam
  6. Sy suka entry ini, very good info, sgt penting untuk wanita. NR mmg bagus n produk yg berkesan..Kalo nk lebih elok, guna kerusi rotan, sbb plastik yg tdedah pada suhu tinggi boleh bebaskan bahan berbahaya..

    Saya jual kerusi tangas rotan yg murah termasuk delivery. Whatsapp Fatimah 01-4437273.

    BalasPadam
  7. Saya ada masalah period tak berhenti..boleh ke saya membuat tangas kering or tangas basah...terima kasih

    BalasPadam