Rabu, 4 Julai 2012

Dijauhi semasa dalam pantang bersalin


  • Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang  lain dimana ia  boleh menyebabkan luka-luka  dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit. 
  • Ibu -ibu bersalin dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan  fizikal dan mentalnya  
  • Ibu  bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik.
    Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.
 Segala yang ummu paparkan diatas adalah  sekadar  panduan, semuanya bergantung kepada ketahanan badan para ibu,ada ibu yang boleh makan semua diatas dan ada yang tak boleh makan .Terpulanglah kepada para ibu merasai sendiri kesannya .Kalau di cuba ada kesannya ,janganlah diambil lagi makanan itu.kalau tak ada kesan yang menyeksakan bolehlah terus dimakan makanan itu.Sebelum makan bacalah nama Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan