Khamis, 19 Julai 2012

KELUMPUHAN SEMANGAT SUNNAH MENZIARAH






Era "Facebook-isasi" telah melumpuhkan semangat ziarah
menziarahi sesame  jiran tetangga apatah lagi sanak saudara
dan sahabat handai yang tinggal jauh nun di seberang.
Kecanggihan telefon pun sudah diatasi dengan ledakan
fenomena "Facebook-isasi" ini.

Jangan terperanjat, nak cakap dengan roommate yang
 biliknya hanya sekangkang kera pun hanya dengan berFacebook.
Sebab apa?Malas.

Maka dengan itu berjayalah serangan propaganda Yahudi dengan
menghancurkan kekuatan ukhwah umat islam. Facebookhanya menjadi
asbab kehancuran rumahtangga apabila si isteri mengata suaminya di Facebook.
Si adik bergaduh dengan kakaknya hanya kerana menekan butang
dislike di gambar kakaknya. Dua hati bercekau dek salah faham yang
wujud ketika orang luar me"like" dan mengomen di wallnya.

Dengan "malapetaka" kecerdikan manusia mencipta LRT, rapidKL, bas,
kereta api, kereta dan kapal terbang, apa yang kita mampu
 adalah sekadar menziarahi wall Facebook teman kita.

"Bro! Lama tak jumpa. Ape cite skang?"

Sekali mungkin tidak mengapa. Jika berkali-kali? Jika semua orang
begitu? Maka untuk apakah kenderaan diciptakan? Bertambah seksa lagi,
Facebook telah menyediakan perkhidmatan video online yang
boleh dilihat di mana-mana sekalipun di ceruk-ceruk kampung.

Jadi, bila masa nak balik kampung halaman? Mak ayah terkenang
anak di perantauan menanti sekujur tubuh untuk dipeluk, dicium, dimesra,
 diajak berbual dan menemani hari-hari tuanya sebelum kubur memanggil.




SUNNAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ziarah
sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar
pada masa sakit sahaja atau Hari Raya. Sabda Baginda Rasulullah SAW :

Abu Hurairah RA meriwayatkan: “
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 “Kewajipan seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu : Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari &Muslim]

Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit,seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya : “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah SAW bersabda : “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Malah tidak cukup dengan menggiurkan buah-buah di syurga, malaikat 
juga turut mendoakan untuk kerahmatan yang berpanjangan.

Daripada Ali RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi.Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh
dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Pemimpin beracuan soleh akan mempamerkan kecirian islam yang sangat "sweet". 
 Bayangkan seorang sultan yang berpakaian zuhud turun menziarahi rakyatnya 
dengan penuh kasih sayang
 dan hanya mengharapkan pandangan Allah melebihi segalanya. 
Itulah kepentingan kuasa. Berdakwah secara halus 
untuk mengembalikan sunnah dan amalan Nabi yang semakin ditinggalkan kerana dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan