Rabu, 8 Ogos 2012

SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH


Kumbang Dan Bunga Sentiasa Bersama




“Jadi soleh atau solehah,
bukan  cari soleh atau solehah”

Cerita ummu pada  kali ini adalah tentang mencari
 calon isteri atau mencari calon suami.Sukar betul
 untuk mencari calon isteri solehah dan mencari
 calon suami yang soleh.Begitu keluhan ramai
lelaki dan wanita pada masakini.Agaknya sukar
mencari gagak putih ditengah gagak hitam.

Sebenarnya mudah , tidak payah susah-susah hendak
diukur ,ditelek,dinilai dan dikaji itu dan ini.Tidak payah
‘meneropong’ iman  dan takwa didada orang orang lain.
Caranya adalah : Jadikan diri kita dahulu calon suami atau
Isteri yang soleh dan solehah.

Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami atau isteri yang soleh
dan solehah . Kemudian bina semua ciri itu didalam diri 
Sendiri terlebih dahulu.

Muhasabah pula soal hati,soal  dalaman…..muhasabah iman
dan takwa kita  sendiri.Bisikkan ke hati, apakah aku telah
soleh atau  solehah atau aku masih berusaha menjadi soleh
atau solehah.

Padankan  sifat-sifat orang  yang soleh atau solehah dalam 
diri sendiri .Sudah ada atau belum?. Jawab dengan jujur.
Hai itu sukarkan? Memang sukar. Tetapi jauh lebih mudah
daripada hendak mengukur iman dihati orang lain.

Inilah kaedah yang paling tepat untuk mendapat suami
atau Isteri yang soleh dan solehah.Mungkin ini agak lambat,
tetapi inilah cara yang paling tepat.Kaedah ini ada
kelebihannya.Sebab kunci kejayaan terletak pada diri
kita  sendiri.

Lebih cepat kita  membina sifat-sifat  soleh atau solehah
dalam diri kita……maka lebih cerahlahlah peluang
peluang  untuk mendapat suami yang soleh atau isteri
yang solehah.

Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri.

“Perempuan –perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki
Yang baik .Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
Perempuan yang baik  “  (An-Nur 24: 26)

Wallahu’alam

Tulisan diatas ummu petik dari buku TENTANG CINTA
yang ditulis oleh penulis terkenal  PAHROL MOHD JUOI. 


                  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan