Khamis, 6 September 2012

Bagaimana Petua orang tua-tua dahulu berhasil dan membantu bagi kaum wanita sekarang ?


Mengikut sejarah rawatan tradisional dan petua-petua orang tua dahulu ada banyak faedahnya jikalau diamalkan dengan penuh keyakinan , kesabaran dan teratur . Nasihat dan rawatan orang tua-tua sememangnya baik jika dilakukan dengan betul dan secara sederhana .

InsyaAllah kaum wanita tidak akan terperangkap dengan keadaan yang menyedihkan ini. Sangatlah rugi jika seseorang wanita itu angkuh dan sombong tidak mahu mempraktikkan cara-cara yang dipandang 'low quality dan tidak setaraf dengan kehidupan  masa kini sedangkan masyarakat sedunia telah beralih pandangan kepada rawatan perubatan herba yang bersih dari dadah dan tanpa  kimia .

Cleopatra , puteri Mesir yang terkenal dengan rupa paras yang menarik menjaga kecantikan dengan menggunakan rawatan secara tradisional dengan begitu tekun dan rapi sekali .Beliau mengunakan bahan -bahan asli saperti madu lebah asli, susu keldai, buah badam dan putik bunga untuk penjagaan dirinya .

Puteri-puteri dari siam dan jawa patuh dengan penjagaan secara tradisional dengan menggunakan akar-akar kayu, cendana , bunga-bunga dan limau purut dalam penjagaan diri seharian .

Mengikut secara barat, ibu bersalin diberikan sejenis minuman keras dengan sukatan yang teratur sebagai perubatan untuk mencuci dan mengelurkan  darah bantal ( clots) dan merendam bahagian sulit dengan brandy yang dicampur dengan garam dan air panas sebagai pencegah kuman dan penyembuh luka ( antiseptik ) Ibu ini juga mengikat barut panjang saperti bengkung jawa . Tali kain ini diikat di pintu dan ibu bersalin akan melilitkan badan nya sambil memusingkan mngikut kain yang panjang itu dibahagian perut pinggang dan punggung sehingga kejap dan rapi . mereka juga menggunakan cendana dan  minyak badam
untuk memelihara daripada sejuk dan kekeringan .

Pekara yang sebenarnya Tradisi Melayu  dalam cara Pantang Bersalin yang diamalkan telah memberi kesan yang menakjubkan dari segi kesihatan Fizikal dan Mental.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan