Rabu, 26 September 2012

Tips menyediakan parcel (pos laju atau pos daftar)



Entri ini ditujukan khas buat adik-adik yang belum pernah ada pengalaman menghantar parcel samada kepada customer atau sesiapa pun. Info ini ummu ambik dari blog kaytieze  pembaca blog ummu  jadi namanya ummu tak tukar tetap juga nama penulis blog  yang ummu salin .Terimakasih kepada kaytieze blog.

1. Mula2 kita pilih cara penghantaran samada guna perkhidmatan pos laju atau pos daftar.

2  Pastikan kita bungkus parcel itu dengan teliti, Kalau barang yang nak dihantar itu mudah rosak atau patah, balutlah dengan kertas tebal atau bubble plastik. PIHAK POS TAKKAN BALUTKAN BUNGKUSAN ANDA.

3. Seeloknya gunalah plastik pos laju yang boleh didapati secara percuma (sekarang kena beli, melainkan kita melanggan pos laju ) di pejabat pos (kat tempat kak tie tak ada), atau sampul surat yang sesuai, atau plastik seperti yang Tie tunjukkan di bawah ini. Kalau kita bungkus bentuk kotak, harganya lebih mahal sebab ikut kadar volumetrik.. jadi sumbat jer dalam sampul surat atau plastik, ya... melainkan tiada pilihan.


4. Pastikan ada nama pengirim di sudut kiri , nama , alamat lengkap dan no tel. Tulis dengan jelas nama penerima, alamat lengkap dan no tel, walaupun kita guna pos laju. Tie guna permanent marker untuk nama dan alamat penerima (dan taip nama pengirim dan alamat  atas kertas sticker, sebab malas nak tulis alamat sendiri berkali2)

 5. Ambillah langkah berjaga2 ini.. Kenapa ? Sebab kita tak tahu, malang tak berbau, pihak kerani mungkin tertukar slip @ resit pos laju itu dan tepek pada parcel lain.. terutama bila kita nak hantar lebih dari satu parcel yang semuanya bogel tiada apa-apa maklumat.

6. Kalau boleh elakkan tulis nama pengirim di belakang parcel, kerana ada kemungkinan pihak yang mengurus parcel ini akan keliru (terutama bila guna pos daftar seperti apa yang berlaku pada Tie ... sampai ambil masa lebih 2 minggu baru Tie dapat parcel tu...)

7. Untuk pos daftar, kalau parcel tu kecil, tak muat nak tulis nama pengirim di depan, tulis dalam tulisan lebih kecil di belakang parcel berbanding dengan nama dan alamat penerima di depan.. supaya pihak pengurusan pos dapat bezakan penerima dan pengirim... (ada yang tak tahu bezakan KEPADA dan DARIPADA.... , bangla kot)

Beritahu kat kerani, kita nak guna pos daftar, dia akan beri borang kecik ni, isi info penerima, seperti di bawah ni....

Kerani akan timbang dan tambah nilai guna stamp kiranya beratnya melebihi berat 20gm. Kita bayar kat situ juga.

.
.

Kat belakang borang tadi ada sticker, label dan resit pengeposan. Tulis info penerima di situ juga. Hanya address sahaja, yang lain (ic/tandatangan) akan ditulis oleh penerima bila dia terima parcel ni. Tanggalkan label tu.. dan lekatkan ke parcel/sampul surat sebelah kiri. Biasa kerani yang buat ni. Kalau rasa was2 , beritahulah tak pernah guna perkhidmatan pos daftar...

Yang tertulis RD065XXXXXXMY tu adalah tracking no. Kita boleh check di website POS MALAYSIA. Biasa pos daftar ambil masa 3,4-7 hari untuk sampai. Berbanding dgn poslaju  yang ambil masa 1-2 hari, selewat2nya 3 hari, bergantung kepada tempat dan cuti umum.

8. Untuk parcel lebih besar/berat gunalah poslaju... kalau kita kehabisan sampul surat besar, atau plastik pos laju, gunalah plastik baru, brown paper atau kertas mahjung (putih) tu... janganlah ga una beg plastik yang kita dapat ketika beli sesuatu dari kedai.. maksudnya plastik yang ada chop kedai tersebut...  Penerima mungkin rasa tersinggung bila menerima parcel tersebut, ya laa.. dah bayar harga postage, takkanlah tak boleh cari sesuatu yang sopan untuk membungkus.

9. Akhir sekali Tie ingin mohon maaflah kiranya ada yang terasa hati. Mungkin ada yang tak ambil serius dalam bab parcel ni, tapi sebagai pelanggan @ penerima parcel, dia berhak untuk menerimanya dalam bungkusan yang sedap mata memandang.

20 September 2012

Kak Tie nak tambah sedikit info.. tentang cara nak isi consignment note tu (minta dari kerani pos dulu) dan cara nak track parcel yang kita pos/ atau akan terima...

Mula2 meh tgk consigment note ni..


Nampak tak ? Ni kak tie saja isi ikut suka, sebagai contoh. Jangan pula salah tulis, ya.. kang parcel tu balik kepada kita pulak.. pernah terjadi tau.. haha..  Ruang yang kosong tu biar kerani yang isi. Nanti dia beri kita satu salinan supaya kita boleh check track no dan juga sebagai bukti yang kita dah pos. Kekadang customer nak track no.. supaya senang dia nak standby tunggu posman.

.
.
.

Yang ni no tracking. Boleh check kedudukan parcel kita nanti. Biasanya kita pos pagi.. lewat petang baru pihak pos update. Jangan lak dah pos terus track.. manalah nak jumpa, haha..

.
.
.http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp


Tulis kat dlm petak tu no track.. dan klik .
.
.
.

Ini contoh parcel yang kak tie kirim pada seorang customer.. dia dah terima pon. Biasa ambil masa 1-3 hari bergantung kepada zon address.. Ok.. Harap semuanya clear, ya. Cuma kekadang website ni ada problem, atau tak dapat updates pon... biasalah ni kerja manusia. Ada ketika berlaku kesilapan teknikal dan lain2... Sabor je laa..

6 ulasan:

  1. hi =)
    kene bayar tak utk plastik poslaju n paper poslaju tuh?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum , untuk pengetahuan plastik (rm 9)dan paper pos laju(Rm6)kena bayar .Jadi buat sendiri sampulnya lebih murah.masukkan barang dalam sampul surat ,soletep cantik-cantik ,kemudian masukkan dalam plastik yang tebal ( boleh dibeli di kedai jual barang-barang dapur).kemudian soletep balik plastik tu dan dah boleh diposkan

    BalasPadam
  3. Kalau guna plastik sdr..mcm mn pos laju caj?plu byr timbang n byr kos phantaran x?baru ptama kali nk bt online bnes ni...hihihi....nk minta tunjuk ajar akak.mcm mn nk kira jmlh phtrn...
    .plz....

    BalasPadam
  4. Kalau guna plastik sendiripun harga pos laju tetap ikut berat barang yang nak dihantar.kos penghantaran boleh pegi pejabat pos dan mintak jadual tentang kos hantar dan berat barang yang nak dihantar.untuk keterangan lanjut supaya lebih faham ,silalah ziarah kaunter pos laju di kawasan berhampiran.

    BalasPadam
  5. Assalam akk. Akk whatapp saya jup 01116477235. Sy na twu ttg pos ni. Sy ta bpe fhm. Na but bisnes ni..

    BalasPadam
  6. Salam kk mcm mna pulak kalau kita tersalah tulis pos code . sebenar 05400 . sy salah tulus 04500 .smua detail betul . cuma pos code ja salah . tolong jawab

    BalasPadam