Jumaat, 23 November 2012

Tips kempiskan perut selepas bersalin


Artikel  ini kak ummu ambil dari laman bengkungmoden .com. Diharap sedikit sebanyak membantu para ibu yang mementingkan kecantikan luar dan dalam.Selamat mencuba dan lakukan secara berterusan insyaAllah berjaya. usaha tangga kejayaan.
Langkah yang perlu diambil:
1. Pakai bengkung +  minyak herba panas  semula , kalau boleh tiap-tiap hari siang + malam tak kira lah dalam ofis ber – aircond pun. Sebab bila pakai bengkung perut cepat kenyang setiap kali makan dan ini secara tidak langsung akan mengurangkn kuantiti makanan yang di ambil
2. Lebihkan minum air suam. Kalau nak minum air manis cuba ambil jus kurma atau jus pegaga., atau milo panas, horlick atau lai chi kang panas / longan panas. Jus kurma, pegaga dan longan tu boleh membantu untuk tambah susu ibu.
3.  Cuba ambil makanan alternatif = buah kurma dan kismis sebagai kudapan.Selain membantu tambah susu ibu, kurma juga boleh memberikan tenaga
4. Selain dari tips diatas akak juga selalu sarankan pada pelanggan supaya pakai bengkung secepat yang boleh bila terasa perut dah mula nak naik. Pakai secara berterusan sampai perut rasa dah ok semula.
5. Juga, pakai bengkung 24 jam siang dan malam bila period
6. Dan… tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Pakai bengkung sepanjang waktu bulan Ramadhan sampai habis Syawal. Sebabnya ramadhan memang kita kurang makan tapi banyak makan waktu malam. Lepas tu sambung pula makan sakan sepanjang Syawal sebab banyak open house. Bila pakai bngkung tak lah larat sangat nak makan banyak-banyak.
7. Boleh juga cuba makan jamu, tapi pastikan dulu yang ianya selamat untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan