Khamis, 6 Disember 2012

Tips bisa-bisa badan

Bekam untuk sakit belakang dan lenguh bahu

Tips rawatan untuk kali ini adalah berkenaan dengan Masalah Bisa2 Dan Lemah Badan yang disangka Sihir..

Memang tidak dinafikan, salah satu diantara tanda2 seseorang itu mengalami masalah gangguan sihir adalah bisa2 serta lemah badan yang keterlaluan... Namun begitu kita perlu memerhatikan juga tanda2 yang lain, agar kita tidak terlalu cenderung didalam menyalahkan hal2 yang berbentuk spiritual.
 

Untuk makluman para pembaca, jika emosi seseorang itu selalu tidak stabil, samada selalu didalam perasaan was2, ragu2, banyak bersangka2, selalu merasa cemas, maka pernafasan mereka adalah terganggu dan tidak teratur... ini boleh menyumbang kepada masalah lemah dan bisa2 badan...

Ini adalah beberapa kaedah yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah tersebut :

1. Tarik nafas sedalam yang boleh, tahan nafas seketika dan lepaskan... buat sebanyak tujuh kali, sampai perasaan menjadi tenang. Buatlah sekurang2nya 3 kali sehari, pagi, petang dan malam.

2. Buat solat sunat taubat sebanyak 4 rakaat, atau 8 rakaat atau 12 rakaat, dalam bilangan 2 rakaat 1 salam. Beristighfar (istighfar pendek - sekurang2nya 500 kali sehari).

3. Banyakkan berselawat keatas Rasulullah s.a.w

4. Banyakkan bersedeqah -  seikhlas hati / mengikut kemampuan kita

5. Cuba sedaya upaya kawal minda dan perasaan supaya sentiasa didalam keadaan bertenang.

6. Buat air rawatan untuk minum dan mandi (seperti posting saya yang lalu)

7. Jika masalah masih berterusan, sila berjumpa perawat untuk rawatan pemeriksaan.
 

8. Amalkan membaca LAILAHAILALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH LAHUL MULQU WA LAHUL HAMDU WAHUWA ALA KULLY SYAEING QODIR

AL MU’MINUN AYAT     97 – 98

Rujuk ayat dalam surah di atas bagi membetulkan lagi bacaannya

Direkodkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RadiyaLLahu 'anhu katanya :

RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, sabdanya : "Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan Takbir 33 kali, jumlah kesemuanya akan menjadi 99 kali. Apabila dia mencukupkan bilangan keseratus kali dengan menyebut "

La ilaha illaLLah wahdahu la syariKalah lahumulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli sya'in Qodir

Nescaya ALlah subahanahu wa ta'ala akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun dosa-dosanya seperti buih-buih di laut






Tiada ulasan:

Catat Ulasan