Jumaat, 28 Disember 2012

Uri dan pengurusannya




Kebanyakan kita memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan. Pada waktu kelahiran bayi, ibu-bapa serta saudara-mara merasa gembira menyambutnya . Bagi suami yang perihatin .mereka akan mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka yang mana bidan akan di beri sedikit wang sebagai imbuhan. Hukum menanam uri adalah harus.Kenapa kena tanam?. Kerana ia adalah sebahagian daripada anggota manusia. Oleh itu, ia hendaklah dihormati dengan cara membersih dan ditutup serta ditanam ke dalam tanah dengan kadar yang tidak dapat digali oleh binatang.. Sumber : Baheis WaLlahua'lam 

 Uri merupakan teman karib bayi dalam kandungan. Uri memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya.

 Berikut adalah cara- cara yang betul bagi menguruskan uri: 

1.  Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. 

Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri. Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya. 

 Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah.  Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis.

 2.Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya. Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar , belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal. wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan