Sabtu, 5 Januari 2013

Gilap barangan tembaga anda sendiri

Untuk mengilap ada satu petua yang amat mudah untuk kita lakukan dalam mengilap barangan tembaga, dan ia amat murah. Bahan-bahan:
  1. 2 helai kain buruk (cotton)
  2. cuka
  3. garam
  4. plastik container
  5. pengilap kereta (polish)  /  Brasso beli kat kedai hardware
Langkah:
  1. Masukkan cuka secukup rasa dalam bekas plastik (saiz bekas ikut suka anda yang penting boleh muat barang-barang tepak sirih)
  2. Cuka tak perlu banyak yang penting asal boleh merendam, tak perlu hingga tenggelam, bekas itu boleh kita goyang-goyangkan agar cuka mengenai semua bahagian tembaga
  3. Selepas cuka dimasukan maka masukan sesudu garam kasar
  4. Biar sebati hingga separuh garam larut
  5. Masukkan kompenen tepak sirih satu per satu
  6. Setelah di rendam selama 2-3 minit dan semua permukaan mengenai cecair tersebut, maka lap dengan kain buruk
  7. Sementara itu masukkan kompenan lain dalam bekas plastik agar proses kimia berlaku sementara anda mengilap
  8. Kompenan tadi perlu di lap dengan kering dan kenakan sedikit daya agar kepam di badannya keluar
  9. Setelah itu ambil sedikit polish kereta dan sapu pada bahagian tembaga tadi.
  10. Lakukan dengan perlahan-lahan dan kenakan sedikit daya
  11. Akhir sekali ambil bahagian kain yang kering dan bersih lap bahagian yang telah di polish agar bahan kimia pengilap itu dibuang.
  12. Lihat perbezaannya ketara bukan!!
  13. Ulang proses ini untuk kompenan tembaga yang lain.


Sebelum digilap


selepas digilap


Selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan