Ahad, 6 Januari 2013

MENITIS SELEPAS KENCING (KENCING TIDAK 'TOS')


MENITIS SELEPAS KENCING (KENCING TIDAK 'TOS')

"Tidak kira berapa kerap anda goncang dan menari, dua titisan terakhir pasti kena pada seluar anda." 

Selama bertahun-tahun apabila saya duduk, atau memusing badan saya ke arah tertentu selepas pergi ke tandas, beberapa titis air kencing akan menitis keluar. Apabila saya adukan kepada pengamal perubatan am (GP) tentang perkara ini, dia memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam rektum saya (Aduh!) dan mengesahkan prostat saya tidak membesar dan tidak akan memberi kesan pada uretra saya.

Apabila saya melakukan pemeriksaan X-ray untuk batu karang, saya beritahu kepada pakar urologi mengenai masalah kebocoran. Dia mula berpura-pura tidak mendengar atau dia memang ada masalah pendengaran.

Saya mencuba senaman Kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik saya, mengambil suplemen biji labu dan Saw palmetto dan mengambil banyak lycopene dari tomato sebagai langkah berjaga-jaga. Masalah paip masih berterusan. Jadi saya mengambil langkah menyumbat seluar dalam saya dengan tisu tandas dan terus berbuat demikian menggunakan gulungan demi gulungan tisu sehingga baru-baru ini saya bertemu dengan abang saya, Kay Teong, yang menjalankan amalan perubatan di Perth, WA. Menikmati beberapa cawan kopi di Café LoQuay di Sungai Canning dan bersarapan bacon, telur dan sosej di Aussie, perbualan kami tiba-tiba beralih kepada topik tentang sosej yang akhirnya membawa kepada pengakuan saya 'menitis'.
Big Bro menasihatkan saya "memerah" keluar air kencing yang terperangkap.

OK-lah, dia sebenarnya memberikan maklumat lebih lanjut daripada itu.

Kencing tidak tos, atau 'after-dribble' dalam Strine, berlaku di kalangan kaum lelaki yang apabila uretra (tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar) tidak dikosongkan sepenuhnya dan terperangkap di hujung zakar, beberapa minit selepas kencing
.

Jangan keliru dengan 'penitisan terminal' iaitu keadaan di mana sukar untuk menutup aliran serta-merta selepas membuang air kecil - biasanya tanda-tanda kegagalan prostatik.

Kencing tidak tos terjadi apabila otot yang mengelilingi uretra tidak mengecut dengan betul, seterusnya menghalang pengosongan pundi kencing sepenuhnya.
Begini caranya anda boleh "memerah" keluar air kencing yang terperangkap.
Selepas anda selesai membuang air kecil, pegang bahagian bawah skrotum anda dan tolak perlahan-lahan dengan satu atau dua jari dari arah rektum anda ke skrotum untuk menggalakkan aliran air kencing sepanjang uretra dan ke bawah uretra.

Tip tambahan ialah dengan memastikan bahawa anda menarik ke bawah seluar dalam anda dengan betul agar zakar dan skrotum anda terkeluar sepenuhnya apabila anda kencing. Kea
njalan dari seluar dalam anda akan memberikan beberapa tekanan di belakang skrotum dan membantu meluruskan uretra.

Penyemak imbas anda mungkin tidak menyokong paparan imej ini.

Imej dimuat turun dari laman web Amal Kanser Prostat, UK 
Kebanyakan lelaki mengalami kencing tidak tos yang ringan, maka sering dikatakan, "Tidak kira berapa banyak anda goncang dan menari, dua titisan terakhir pasti kena pada seluar anda."

Tetapi kerap terjadi, lelehan ber
lebihan selepas kencing adalah tidak normal dan anda perlu mendapatkan bantuan profesional.

Ada kalanya di mana saya seketika hilang dari memikirkan mengenai tanda-tanda yang telah diberitahu, dimana saya telah diberi amaran berkali-kali sebelumnya, masalah paip yang serius yang memerlukan campur tangan profesional:

*
kesukaran untuk memulakan aliran air kencing
*perlu meneran untuk mengosongkan pundi kencing
*aliran air kencing yang perlahan apabila mengosongkan pundi kencing
*
merasakan keperluan untuk segera mengosongkan pundi kencing
*pedih, tidak selesa atau sakit apabila mengosongkan pundi kencing
*
air kencing bercampur darah 
*perlu bangun beberapa kali di waktu malam untuk mengosongkan pundi kencing, dan

Kemudian, untuk menguji diri sendiri, saya merasakan keinginan untuk pergi ke tandas lelaki. Apabila saya datang kembali Big Bro bertanya jika saya telah "memerah". Saya terpaksa mengaku yang saya tidak dapat melakukannya sewaktu berdiri di sebelah gergasi Aussie dalam tandas awam.

Bagaimanapun saya cuba dalam pers
ekitaran yang kurang menakutkan dan, wow, ia berkesan.
Artikel ini kak ummu copy daripada blog Zestzfulness . Kepada para pembaca blog kak ummu ambillah apa yang baik. Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan