Ahad, 6 Januari 2013

Salam tidak perlu dijawab

.......Assalamualaikum....

Seperti semua sedia maklum, salam wajib dijawab dan berdosa hukumnya jika tidak menjawab salam. Walau bagaimanapun terdapat empat keadaan salam tidak perlu dijawab.

Empat keadaan tersebut ialah:



  • Jika salam diberi oleh orang yang bukan beragama Islam.
  • Orang2 dalam solat berjemaah. Ucapan salam Imam tak perlu dijawab sebab ucapan tersebut untuk malaikat2 bukannya untuk makmum.
  • Salam yang diberi selepas habis berucap. Dalam satu habis Rasullulah s.a.w. dinyatakan bahawa jangan jawab salam orang tu jika dia mengakhiri ucapannya dengan salam (cari hadis tak jumpa). Benda ni kalau perasan orang debate dan ahli politik selalu buat, bagi salam ketika akhir ucapan. 
  • Bila salam dipermainkan. Kita yakin salam dipermainkan. Sebagai contoh lelaki nak mengorat perempuan. Lelaki tu cakap, 'Assalamualaikummm......tak jawab berdosa'. Tak perlulah jawab salam yang sedemikian.


Dalam semua keadaan tu salam tak perlu dijawab.

Rujukan: Dato' Hasan Din

Tiada ulasan:

Catat Ulasan