Selasa, 5 Februari 2013

Merawat sakit lutut dengan urutan



Artikel kali ini saya memberikan tips atau kaedah bagaimana merawat sakit lutut dengan urutan. Di keseluruhan kaki terdapat urat saraf yang dikenali sebagai sciatic nerve yang memberi rangsangan kepada keseluruhan kulit di kaki, otot di bahagian belakang peha, betis dan juga rangsangan pada tapak kaki (refleksologi).

Urat saraf dan pembuluh darah di peha, lutut dan betis.


Gambar di atas menunjukkan urat saraf (sciatic nerve) berwarna kuning menjalar dari bahagian pinggul sehingga ke hujung tapak kaki. Anda boleh lihat ianya melalui kawasan lutut sehingga ke bawah. Oleh itu bagi merawat masalah sakit lutut ini anda boleh mengurut seperti dalam gambar di bawah. 

Urutan bagi merawat masalah lutut
Urutan dimulakan dengan mengurut di kawasan belakang peha di kawasan yang bertanda merah panjang. Arah urutan adalah menghala ke bawah iaitu menghala ke lutut. Sekiranya sakit bermakna anda mengalami masalah urat saraf di kawasan tersebut. Urat saraf yang saya sebutkan tadi menjadi pemegang kepada lutut kita. Urutlah dengan konsisten sehingga terasa berkurangan sakitnya. Selalunya pesakit yang saya rawati akan menjerit kesakitan apabila kawasan tersebut diurut dengan kuat. Boleh juga diurut menggunakan cawan bekam satu teknik yang dikenali sebagai bekam luncur. Memang menyakitkan tetapi berpada-padalah menggunakan cara bekam luncur ini.
  
Manakala titik akupunktur di belakang pelipat lutut adalah titik Bladder 40 Weizhong. Sifat titik ini adalah menjernihkan penyebab penyakit panas, melancarkan energi meridian, menghilangkan angin lembap dan bermanfaat untuk mengatasi gangguan pinggang dan lutut. Khasiatnya adalah bagus untuk sakit sendi lutut, sakit pinggang, rambut gugur, kaki kejang, radang, kaki lumpuh dan sakit perut.

Titik akupunktur Weizhong BL40

Anda hanya perlu menggunakan ibu jari dan tekan ke atas titik Weizhong ini. Sekiranya terasa sakit menandakan lutut dan pinggang anda bermasalah. Semakin meningkat umur kita semakin bermasalah bahagian lutut dan pinggang. Sila tekan sehingga hilang rasa sakit. Insya Allah berkesan. 
 
Terimakasih kepada www.alternatif4u.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan