Rabu, 13 Mac 2013

Rahsia Mandi Wap Selepas bersalin




Amalan mandi wap selepas berpantang amat disarankan kerana ia mengandungi pelbagai keistimewaan..
Mandi wap sudahmenjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan dan kecergasan.Di zaman Greek ia di kenali sebagi sudatoriumDalam empayar persia , tempat mandi awam dikenali sebagai hamam ,manakala dirusia ,ia dikenali  dengan nama banja.

Masyarakat melayu turut mengamalkan mandi wapdengan menggunakan rempah ratus tertentusejak lebih 200 tahun dahulu.Cara Mandi wap dalam masyarakt melayu dahulu dengan menyelungkupi tubuh dengan tikar mengkuang setelah sebuah periuk khas yang mengandungi air rebusan herba diletakkan berdekatan.Ia perlu dilakukan sehingga air didalam periuk tadi kering atau tidak lagi berwap.

Kini sistem merebus herba dan penyaluran wap telah dimodenkan,Ketahuilah ,dengan mengamalkan mandi wap ,ia sedikit senanyak dapat membantu anda menjaga kesihatan diri.

Sebaik melewati tempoh pantang,anda seharusnya meneruskan amalan mandi wap yang pernah dilakukan ketika menjalani rutin pantang dahulu.

Diantara kebaikan mandi wap:


  • Mengaktifkan pengeluran peluh sebagai rawatan detokfikasi agar dapat menyingkirkan toksik di dalam tubuh seperti aluminium,kadmium,plumbum dan merkuri.
  • Memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular.Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100 hingga 150 seminit dalam tempoh 15- 20 minit .Jadi ia akan meningkatkan aliran darah.
  • Kesan panas daripada mandi wap akan menjadikan darah lebih cair,ia mengembangkan urat saraf dan menjadikannya lebih mudah mengalir keseluruh badan
  • Kesan panas wap itu juga boleh melegakanotot-otot hingga boleh menghilagkan masalah sengal dan kebas tubuh badan.
  • Haba yang sama menyebabkan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan aliran darah keseluruh badan ,justeru ituproses ini membolehkan tubuh mnegagihkan lebih banyak nutrian kebahagian  kulit dan sekaligus mengantikan sel-sel kulit mati
  • Dari segi perubatn, wap yang masuk melalui  rongga pernafasan ini amat baik untuk merawat resdung ,radang paru, alahan dan asma .
  • Ia juga berupaya menhindarkan diri anda daripada pelbagai jenis masalah kesihatan  seperti keputihan,kitaran haid tidak tetap kegatalan dan banyak lagi
  • Mandi wap juga boleh meningkatkan sistem imunusasi dan juga meningkatkan tahap metabolisme.
  • Dengan mandi wap ,anda berupaya unutk menambah pengeluaran susu ibu
Sementara itu, perlu puan ketahui bahawa tempoh masa maksimun untuk melakukan mandi wap adalaj 30 minit .Puan tidak boleh melakukan lebih dari tempoh itu bagi mengelkkan penghidratan.Walaubagaimanapun bagi puan yang pertama kali atau tidak biasa  mandi wap,tempoh masa 15 minit adalah sudah mencukupi.

Perlu juga diketahui bahawa ketika mandi wap,anda puan perlu melakukan nya tanpa pakaia.ini penting bagi memastikan wap megenai seluruh bahagian tubuh terutamanya di kawasan -kawasan yang terselindung.

Sewaktu mandi wap puan dinasihatkan melakukan senaman kagel . Ini penting  supaya wap disedut masuk kedalam saluran farj.Dengan demikian ,pergerakan otot -otot dalaman mempercepatakan pengeluran sisa toksik.

Diantara cara mandi wap yang biasa kak ummu buat adalah bersauna dan bertanggas. Bersauna boleh dilakukan semasa berpantang dan tanggas boleh dilakukan selepara darah nifas kering.Kedua-kedua cara ini boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa pergi kesalon.Seeloknya sebelum memulakan bersauna dan bertanggas minum air suam 1 gelas.Selepas bersauna dan bertanggas eloklah puan ambil 1gelas  lagi air minuman. Air suam tau bukan air teh atau air kopi !!!

Terimakasih kepada majalah  PA & MA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan