Khamis, 24 Oktober 2013

Apa itu keloid....?



keloid
Keloid adalah benjolan isi lebih yang terbentuk di bahagian parut luka, biasanya berwarna lebih gelap dari kulit asal dan berkilat. Keloid boleh menyebabkan rasa gatal dan pedih apabila dipegang dan juga sewaktu badan berpeluh. Rasa gatal dan tidak selesa akan lebih ketara jika keloid ini terjadi di bahagian anggota badan yang mudah berlipat (contohnya di bahagian perut yang berlipat setiap kali duduk dan diwaktu yang sama badan berpeluh).
Kebiasaanya keloid adalah bersifat kekal dan tidak boleh dibuang dengan mudah secara semula jadi. Namun begitu, keloid ni tak hanya terhad untuk muncul di luka cesarean saja. Ianya juga boleh terjadi dibahagian telinga yang ditebuk lubang untuk bertindik, di bahagian dada, lengan, leher, bahu dan mana-mana bahagian badan.

Bagaimana keloid boleh terjadi…?
Keloid biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan oleh badan sewaktu didalam proses penyembuhan luka. Penyebab terjadinya keloid ini masih belum diketahui secara pasti.  Berdasarkan kajian antara faktor yang menyebabkan terjadinya keloid ialah faktor genetik dimana mereka yang berkulit gelap (contohnya warga Afrika) mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mendapat keloid berbanding yang berkulit putih.
Tapi ini tidaklah bermakna mereka yang berkulit putih tidak akan terkena keloid, cuma risikonya adalah lebih rendah. Selain dari itu, bahagian luka yang terkena jangkitan dan tidak sembuh sepenuhnya juga terdedah kepada keloid yang mana bahagian tersebut pada mulanya adalah lembut tetapi akhirnya mengeras dan terbonjol.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat keloid…?
Berikut adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat keloid :
1. Ibu-ibu yang bersalin pembedahan dimana keloid terjadi di bahagian parut luka cesarean dan juga mereka yang menjalani pembedahan di mana-mana bahagian badan.
keloid pada parut pembedahan

Mengikut kajian saintifik, haruan dan gamat telah digunakan sebagai antara ejen untuk mempercepatkan pertumbuhan tisu baru kerana kandungan kolagen yang tinggi yang terdapat dalam dua jenis haiwan ini.  Ramai ibu-ibu di Malaysia mengambil haruan dan gamat sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin pembedahan dengan tujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Pengambilan gamat dan haruan dalam kuantiti yang banyak dan diambil terlalu awal boleh meningkatkan risiko terjadinya keloid.
2. Mereka yang mengalami kemalangan – keloid boleh muncul di bahagian parut dari luka kemalangan.

keloid dari kemalangan

Huh, pertama kali tengok gambar ni, saya pun terkejut…! :o

3. Keloid boleh terjadi kepada mereka yang membuat tatoo di badan.
keloid tatoo
Ye.. mereka ini juga terdedah kepada keloid kesan dari torehan di bahagian kulit sewaktu proses membentuk lukisan tatoo di badan. Keloid juga boleh terjadi selepas proses membuang tatoo seperti gambar di atas.

4. Keloid juga boleh terjadi kepada mereka yang bertindik dibahagian telinga, hidung, lidah dan mana-mana bahagian badan.
leloid di telinga dan lidah
Sewaktu proses pemulihan dari kesan tebukan untuk bertindik, keloid boleh terbentuk. Cuba tengok yang tumbuh keloid kat atas lidah tu. Rasanya mesti tak selesa nak makan kan..? Terasa ada bintil kat lidah.

5. Keloid kesan dari jangkitan di bahagian belakang tengkuk – yang ini agak jarang berlaku.
keloid jerawat

Keloid jenis ini biasanya mudah terjadi kepada lelaki Afrika. Patut la beberapa tahun lepas masa balik kerja saya berjalan dibelakang satu kumpulan Mat Afrika. Pelik pula tengok kat bahagian belakang tengkuk salah seorang dari mereka ada biji-biji gelap timbul. Mati-mati saya ingatkan mamat tu ada penyakit kulit. Rupa-rupanya keloid..! He…he…he…  Anda boleh baca selanjutnya tentang keloid jenis ini di sini >> Keloid di belakang tengkuk<<

Bagaimanakah cara untuk membuang keloid…?
Antara cara yang boleh digunakan untuk membuang keloid ialah dengan mendapatkan rawatan steroid dan rawatan secara laser. Bagi mereka yang bersalin pembedahanpula, jika selepas ini anda bakal bersalin pembedahan lagi, doktor boleh buang keloid tersebut sewaktu pembedahan cesarean yang berikutnya.

Jika perlukan info lebih lanjut tentang keloid, anda boleh rujuk di link berikut termasuk jenis rawatan yang boleh dilakukan >> Apa itu keloid dan cara membuang keloid <<
 Terimakasih kepada bengkungmoden.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan