Khamis, 24 Oktober 2013

Cara Menanam Uri Anak



Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh.


Daripada Profesor Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata “Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.


“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.
Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak -anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, keperluan makanan dan minuman anak-anak serta memastikan sumber rezeki dari jalan yang halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

Menurut adat orang Melayu, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah-musibah yangg dikatakan itu, ramai ibu bapa yangg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yang telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan akidah.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar-benar percaya bahawa kita kena menanam uri dengan bahan-bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam, sawan dan sebagainya. Keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan daripada gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus daripada percaya yang lain selain ALLAH,”katanya lagi.

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.




Cara menguruskan uri:
TIP2  Menguruskan URI Langkah Demi Langkah... :)
  • Dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.
  • Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir.
  • Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri...
  • Taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain)
  • Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).

  • Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.


Lagi tip seelok2nya tanam uri berdekatan dengan surau atau masjid. Tempat di mana insan selalu azan dan mendirikan solat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut
perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan
dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana
orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki
membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan