Khamis, 26 Disember 2013

9 Kegunaan " extra virgin olive oil" / minyak zaitun

500ml-- RM 36 termasuk urusan pos



Minyak  Zaitun Organik 
Jenama Al-jazira
Produk Tunisia
500ml--RM 36 termasuk urusan pos

Minyak zaitun atau olive oil sudah dipercayai sejak ratusan tahun dahulu di seluruh dunia sebagai bahan semulajadi/alami untuk perawatan kulit, tubuh, dan rambut. Di beberapa negara, minyak zaitun disebut juga sebagai “minyak emas” atau “cairan emas”, selain karena berwarna keemasan, minyak zaitun juga sangat berkhasiat, hingga digunakan pada ritual-ritual kepercayaan tertentu.

Minyak zaitun memiliki kandungan utama yaitu vitamin E dan oleic acid, yang memberi banyak khasiat kepada  kulit. Oleic acid membantu menghaluskan kulit secara efektif, sementara vitamin E membantu meningkatkan anjalan kulit. Selain itu, vitamin E juga berperananan sebagai antioksidan alami/semulajadi yang mampu melawan radikal bebas (gangguan luar terhadap kulit).

 Kegunaan minyak zaitun untuk kecantikan  :

1) Mandian Minyak zaitun
 Cara 1
Untuk menyediakan mandian dengan menggunakan minyak zaitun, hanya perlu masukkan 5 sudu makan  minyak zaitun 'extra virgin' kedalam 'bathtub'  dan sedia untuk mandi. Boleh ditambah kuantiti minyak zaitun mengikut sukatan yang digemari .Cara yang mudah ini memberikan kesan yang sangat menakjubkan bagi maenjadikan kulit anda halus.
Atau

Cara 2: 
 Urut badan anda dengan 'extra virgin' minyak zaitun sebelum masuk kedalam 'bathtub'
.Kulit anda akan menjadi halus seperti kulit bayi

2) Minyak zaitun sebagai losyen badan.

Sapukan minyak zaitun extra virgin keseluruh badan anda semasa mandi selepas menggunakan sabun mandi atau'shower gel'.Ini adalah cara yang cepat dan senang untuk mendapatkan kulit yang sihat dan lembut apabila disentuh.


3) Minyak zaitun sebagai 'makeup remover'

Minyak zaitun lembut membersihkan makeup anda dan sekaligus ia memberi nutrien kepada wajah anda. Letakkan sedikit minyak zaitun keatas kapas muka atau kapas basah dan gosakkan lembut kewajah anda untuk membersihkan 'makeup'. Bilas dengan air suam dan kemudian air sejuk .Air sejuk akan bertindak melancarkan perjalanan darah dibahagian muka dan menutup liang-liang roma.
Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pembersih 'makeup' dibahagian mata.sekalipun makeup yang digunakan itu adalah kalis air.



Olive oil for beauty, beauty tips with the use if olive oil


4)Bagaimana menguatkan kuku anda dengan minyak zaitun?

Minyak zaitun suam adalah cara yang sangat baik untuk menjadikan kuku anda cantik dan sihat. Ia hanya mengambil masa selama 5/ 10 minit sahaja. Rendamkan kuku anda ke dalam minyak zaitun suam ( suhu bilik).lakukan rawatan ini 1/2 kali seminggu.


5) Minyak zaitun sebagai losyen mata

Sapukan minyak zaitun dibawah mata anda sebelum tidur atau waktu pagi . Simpan minyak zaitun dalam petisejuk dan nikmati  kesegaranya.

6) Miinyak zaitun sebagai masker

Campurkan 1 biji kunung telur dengan 1 sudu makan minyak zaitun ( jika suka ,tambahkan 1sudu teh jus lemon, ianya menolong memutihkan dan mencerahkan kulit ,(dimana jus lemon kaya dengan  antioksidan dan vitamin C ).Sapukan pada wajah dan biarkan selama 5-10 minit, bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk (air sejuk menolong menutup pori-pori wajah). Masker ini sesuai untuk kulit wajah normal dan kering.
Untuk wajah normal juga boleh di campurkan 1 sudu makan tanah liat putih bersama dengan 1 sudu makan minyak zaitun. sapukan pada  wajah ,biarkan 5-10 minit dan kemudian bilas dengan air suam 

Bottles Of Olive Oil

7) Minyak zaitun untuk rambut
 
Minyak zaitun digunakan sebagai rawatan rambut, ianya sangat senang dan cepat , mengambil masa hanya 15 minit untuk melakukannya.
Campurkan  1 biji kuning telur dengan 2 sudu makan minyak zaitun bersama 1 sudu teh jus lemon . sapukan kecelah-celah rambut ,gosok lembut dab biarkan selama 15 minit , kemudian syampoo. .Rambut anda akan menjadi lembut dan bersinar

Satu lagi cara ialah dengan  menyapu minyak zaitun ke rambut anda , biarkan selama 1 jam,,kemudian syampoo  dan sapukan pelembab rambut  (anda hanya perlu melakukannya 2 kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik).

8) Jangan lupa mengunakan minyak zaitu didalam makanan anda samada digunakan di atas salad atau diambil secara terus . Jika puan berminat untuk mengambil secara terus gunakan 2 sudu makan minyak zaitun organik.Minyak zaitun organik mempunyai rasa yang kurang melekat di kerongkong dan baunya  wangi.Ianya akan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah anda dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit darah tinggi . Minyak zaitun  juga boleh memperbaiki kulit dan rambut  anda dari dalam.

Ingat !! kecantikan bermula dari dalam badan anda sendiri.

   9) Minyak Zaitun sebagai selusuh semasa hendak bersalin

Bg para ibu  yang ada  tekanan darah tinggi bolehlah diambil  2 penutup pagi dan 2 penutup petang.
Bagi para ibu yang punya tekanan darah yang normal cukuplah diambil 1 penutp pg dan 1 penutp petang . Bacalah selawat sebelum minum. semuga dipermudahkan  Allah
 

  Thank for http://www.beautyandtips.com/beautyoils/8-ways-to-use-olive-oil-for-beauty/
 

1 ulasan: