Khamis, 26 Disember 2013

Manjakani dan khasiatnya




Majakani atau manjakani adalah buah yang tumbuh di Indonesia. Majakani telah lama dikenal di Indonesia sebagai tumbuhan yang bermanfaat untuk  kesehatan organ intim wanita. Biasanya digunakan untuk mengatasi keputihan maupun untuk menjadikan organ intim wanita lebih elastik.
 Dalam banyak riset, Buah Majakani banyak bermanfaat bagi kesehatan organ intim karena mengandung tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.

Pohon Manjakani sendiri tumbuh di wilayah Indonesia, namun demikian bila dibandingkan dengan daun sirih ternyata buah majakani yang kaya manfaat ini belum digunakan secara optimal. 
Di berbagai negara misalnya Cina, India, Arab, Iran, dan Malaysia, Brunai Darussalam, Buah Majakani sudah banyak digunakan sebagai bahan herbal untuk mengatasi berbagai ragam penyakit organ intim.
Buah Majakani berasal dari pohon manjakani atau atau juga dikenal dengan Pohon Oak. Pohon majakani dikenal pula dengan “Oak Galls”. Pohon ini juga punya nama yang lain Mecca Majakani


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

- Awet Muda :
 Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

- Pencegahan Kencing Manis : 
Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

- Pencegahan barah payudara dan rahim : 
Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.

- Pencegahan bau yang tidak diingini : 
Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

- Merawat otot-otot di dalam faraj :
 Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.    
 Biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.
                                            
  Mengawal lendir dan lelehan faraj : 
Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

    Membersihkan lelehan haid dan nifas : 
Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

                               Mengecutkan semula tisu-tisu : 

Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

                           Menegangkan dan mencantikkan kulit : 

Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

MANJAKANI SEBAGAI LULUR/MASKER
Cara 1
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
 Cara 2
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

- Mata yang sihat : 
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

- Rawatan payudara : 
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.

- Gigi dan tulang :
 Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

- Mulut : 
Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

- Kulit kering dan berminyak : 
Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

- Perawatan kronik ulser : 
Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

                                                              Pelbagai khasiat makanan :
 Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.






Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan