Selasa, 31 Disember 2013

Minyak kelapa dara dan sembelit


Sembelit berlaku apabila seseorang itu sukar untuk membuang najis disebabkan najis itu keras. Sembelit  bukanlah bermakna  seseorang itu tidak kerap buang najis .Kekerapan membuang najis berbeza   antara individu . Kadar pembuangan najis yang paling baik adalah 14 jam sekali Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

*Membuang najis yang keras dan kering seperti batu .
* Perut kembung, kejang atau sakit.
* Kurang selera makan.
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

# Kurang serat dalam diet-buah-buahan,sayuran dan tepung berserat kaya dengan fiber
# Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua-aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar metabolisme
# Susu- produk tenusu adalah kurang fiber
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
# Penyalahgunaan julap-- julap berkesan untuk pergerakan usus tapi akan mendatangkan risiko bila kita terlalu bergantung kepadanya.
# Menahan untuk membuang air besar--makin lama kita menahan buang air besar maka makin kering dan keras najis didalam usus
# Kekurangan air--Minum banyak air, air soda dan lain-lain minuman yang mengandungi kafein akan menyebabkan dehidrasi.
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
# Masalah dengan kolon dan rektum.
# Masalah dengan fungsi usus. sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
# Perubahan rutin harian.-- perjalanan jauh akan megubah ruti harian anda. Pada masa ini masa makan ,masa tidur  dan masa ke tandas juga berubah ,oleh itu meningkatkan sembelit

Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Sebaiknya Anda segera ke dokter jika sembelit disertai sakit perut, diare, atau tinja Anda berlendir/berdarah.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

# Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
# Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
# Anda dalam kesakitan.
# Anda mendapati najis anda berdarah.




Bagaimana Minyak Kelapa dara Membantu masalah Sembelit
 

Bagaimana  minyak kelapa dara dapat membantu masalah sembelit? Minyak kelapa dara mampu membantu masalah sembelit adalah kerana ia berserat dan dapat membersihkan usus besar dengan berkesan. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dimana ia membantu sistem pencernaan memproses makanan lebih cekap.Ia juga bertindak  sebagi pelincir dalam usus.





3  langkah cara pengambilan  minyak kelapa dara  sebagai   pemakanan sehari-hari.


Langkah 1

Campurkan 1/2 sudu teh  minyak kelapa dara bersama dengan  1 gelas jus .Mnium campuran jus itu.Pastikan  jus yang diambil  100 % asli , tiada campuran gula putih

Langkah 2

Ulang  3 atau 4 kali sehari  sekurang-kurangnya 30 minut sebelum makan.

langkah 3

Tambah dos daripada 1/2 sudu teh  sehari sehingga 3-4  sudu makan sehari. Penambahan dos secara berkadar akan memberi masa kepada badan meyesuaikan diri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan