Selasa, 15 Julai 2014

Urutan " Zehra hot stone massage"





Urutan  yang dibuat menggunakan batu panas. Diurut keseluruh badan menggunakan batu panas yang suam .Sangat sesuai untuk para ibu  yang mengalami ketengangan otot , sakit  dibahagian pinggang dan punggung. Apabila batu panas digosok keseluruh badan haba daripada batu meresap kedalam tisu badan ,saluran darah akan terbuka  dan akan memperbaiki peredaran darah .

 Peredaran darah yang tidak baik akan menyebabkan keletihan, yangmana otot menjadi tegang  , disebabkan pengumpulan asid laktik dibahagian otot. peredaran darah yang baik akan memindahkan banyak oksigen ke bahagian otot  ,yang mana akan megurangkan sakit dan tegang . Para ibu yang mengalami sejuk kaki dan tangan boleh juga mencuba cara ini . Urutan ini  sangat sesuai kepada  para ibu yang bersalin secara normal atau ceaserean.

Antara kebaikannya yang lain adalah;
  •  Membersihkan saluran limfa
  • Menolong hati menyahtoksik dengan lebih berkesan

  • Merehatkan  kolon untuk pembuangan  yang lebih baik
  • Menyahtoksin darah dengan berpeluh lebih kurang sama dengan sauna

  • Melancarkan peredaran darah 

  • mengurangkan rasa stress atau memberi kerehatan pada minda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan