Ahad, 17 Ogos 2014

Penjagaan selepas bersalin secara Ceasarean


Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.  Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.
                 # Remedy homeopathy membantu menyembuhkan luka pembedahan

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, anda juga boleh dapatkannya di farmasi.
 TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.Tisu gulung digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

# Walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat.


Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean?

Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.

1. Kalau luka anda dijahit dibahagian luar (cara nak tahu… kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.

2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi.

Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum anda discharge dari hospital tanyalah doktor bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga, pastikan luka cesarean dikeringkan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi.


Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 1



Bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin

Amalan bertungku sebenarnya penting bagi ibu selepas bersalin, termasuk lah mereka yang bersalin cesarean. Tujuannya untuk menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang telah kembang sewaktu tempoh hamil dan bersalin, serta membantu melancarkan perjalanan darah darah nifas.

Waktu bertungku biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam. Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.

Cara-cara bertungku :

• Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk. Mana-mana yang sempatlah. Almaklumlah, bagi mereka yang sudah bersalin beberapa kali dan perlu berpantang seorang diri pasti tahu bagaimana sukarnya menguruskan diri, anak-anak dan baby.
• Bahagian yang perlu ditungku - bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean. Jadi, anda tidak perlu bertungku di bahagian ini ye.
• Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang saya sebutkan diatas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi hati-hati sewaktu bertungku ye.. sebab kalau batu terlebih panas, nanti terbakar pula tilam dan cadar anda.
• Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang saya sebutkan diatas. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 2

Tips bertungku dan mengurut terutama selepas bersalin cesarean :-

Rawatan mengurut selepas bersalin :



Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 14/15 selepas kembali kerumah. Tujuan urut selepas bersalin ialah :

• untuk mengembalikan kesegaran badan
• membuang angin
• membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
• melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas

Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.



Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.

Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lanc

4 ulasan:

  1. salam..
    bengkong diikat dengan ketat sama seperti bersalin normal atau longgar sedikit?

    BalasPadam
  2. Tips yg menarik. boleh digunapakai. thx ya for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

    >>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

    BalasPadam
  3. tips yang sangat menarik dan dapat membantu..:)

    BalasPadam