Rabu, 15 Oktober 2014

TANGAS atau V- STEAM BATH




Assalamualaikum,,,,

Kepada sesiapa yang belum biasa dengan  aktiviti bertanggas ni ,, kak ummu boleh ringkaskan ianya macam kita buat facial muka untuk mehaluskan kulit muka , tapi sekarang kita buat rawatan seperti facial kepada  miss-v.Ianya merupakan salah satu cara detoks atau menyahtoksin  vagina.Caranya  adalah duduk diatas air panas atau bara panas  ( yang ada daun herba seperti kunyit,daun sireh , basil, daun sireh dan lain2) dengan berselimut tebal . duduk atas kerusi tau .,, jangan duduk atas bara terus. kan melecet pulak hehehe. 

Dicadangkan melakukan aktiviti bertanggas  selepas 1  atau 2 hari selepas haid untuk menyah toksin  dan merawat  ketidakimbangan  pada miss-v , bahagian  servik dan uterus./rahim . Bertangas juga memberi kesan relaks kepada setengah wanita kerana ianya mampu membuang angin yang berkumpul dalam badan . Diantara kebaikan lain bertanggas adalah :
  • Memperbetulkan kitaran haid dan mengurangkan kesakitan sebelum haid 
  • Membantu memulihkan cysts dalam vagina
  • membantu mengurangkan risiko ketidaksuburan pada wanita 
  • Membantu memulihkan pundi kencing  dan jangkitan kulat pada celah kelangkang 
  • Membantu memulihkan buasir
  • Membantu memulihkan rahim yang ada ketumbuhan (fibroid)
  •  Scarring from childbirth, hysterectomies and laparoscopies
Bagaimana  cara bertanggas bekerja. 
 Bertanggas dalam perubatan cina digunakan untuk mengurangkan  pembekuan atau kesejukan dalam badan dan dalam perubatan timur bertanggas digunakan mengembangkan salur darah, meningkatkan pengaliran darah, membekalkan oksigen dan memberikan kerehatan kepada lantai  otot pelvik. Kesan bertanggas bergantung kepada herba yang kita gunakan  seprti basil( antibaktiria), kunyit  ,habbatusauda dan daun sireh (antibaktira ) .

Jangan bertanggas jika anda syak anda mengandung. Bertanggas boleh dilakukan selama 20-40 minit.jangan terlalu lama ,,takut berlaku dehydration ,,boleh demam,, lain jadinya pula.
Pastikan herba yang anda gunakan itu tidak mendatangkan mudarat kepada anda, seperti alahan . Jugapastikan guna herba yang organic selamat dari racun serangga dan jangan gunakan minyak essential (essential oil ) kerana ianya beracun kepada vagina.

Cara bertanggas

Selepas anda mengenal pasti herba yang hendak digunakan, rmasak air lebih kurang  8 cawan dan bila air telah didih .kemudian sejukkan , bila agak-agak suam  , barulah masukkan herba . kemudian duduk diatas herba itu dengan kerusi tanggas. Jangan dimasukkan daun sireh atau apa2 daun semasa air mendidih kerana air mendidih mengurangkan kesan khasiat daun . selimut dengan kain selimut atau kain tanggas. Bagi meningkatkan penyerapan herba  dan kesan herba, anda boleh urut badan anda dengan tangan

Selamat mencuba  dan rasai kesan yang menkjubkan ….

RUjUKAN
1.http://www.medicaldaily.com/should-you-get-v-steam-vaginal-detox-claims-soothe-menstrual-cramps-and-boost-womens-fertility
2.http://www.naturalnews.com/041487_vaginal_steaming_womens_health_traditional_medicine.html
If you’re curious, try v-steaming and see if it provides any physiological benefits for you.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan