Rabu, 19 November 2014

Kolic / sawan tanggis pada bayi


Colic atau tangisan yang lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak

PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’. Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa. Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam.

Apakah sebenarnya colic? Benarkah ia perkara biasa di kalangan bayi?

Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yang lebih menggusarkan ibu bapa selain bayi yang baru lahir menangis tidak henti-henti walaupun hakikatnya bayi akan menangis. “Tangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan kita sebagai ibu bapa. Oleh itu, tangisan membawa pelbagai erti dan sebab yang berbeza. Kadangkala bayi menangis kerana dahaga atau lapar. Mungkin juga mengantuk, ingin lebih perhatian, bosan dan mahu dibelai atau tidak mahu diganggu. Tangisan juga mungkin tanda bayi tidak sihat atau berasa tidak tenteram tanpa sebarang sebab yang pasti (bad mood),” katanya.


“Dalam bahasa kita, keadaan ini kerap digelar sawan tangis dan sebanyak 20 peratus bayi atau 1 dari 5 orang bayi yang baru lahir dan mencecah usia empat bulan akan menghadapi masalah colic,” katanya.


“Bagi sebahagian kita, tangisan melebihi beberapa minit sudah dikira cukup lama. Bagi yang lain pula tangisan bayi melebihi beberapa jam akan mula mencemaskan. Dari sudut kajian, saintis mengambil kira tangisan yang berterusan melebihi dua hingga tiga jam sehari dan berlaku melebihi tiga kali seminggu sebagai tangisan ‘colic’.

Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi.

“Walaupun sawan tangis ini tidak berbahaya dan bukan disebabkan kesakitan, bayi akan kelihatan seperti tidak selesa atau kesakitan. Bayi akan mengangkat kepala, mengangkat kakinya ke perut dan mukanya merah padam.

“Bayi juga kerap buang angin tetapi itu tidak membantunya berhenti menangis. Dalam tempoh tangisan ini, bayi tidak mahu menyusu, sukar untuk tidur dan tidak nyenyak tidur. Keadaan ini pastinya amat mencabar kesabaran ibu bapa,” katanya.

“Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain,” katanya.

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak).

“Bayi yang mengalami meningitis akan demam panas dan menangis tanpa henti serta amat sukar dipujuk. Dalam keadaan ini, bayi kurang menyusu dan pada peringkat lebih serius boleh mengalami sawan (seizure),” katanya.

Selain itu, masalah reflux juga kerap menyebabkan bayi menangis berpanjangan kerana kesakitan pada bahagian perut dan dada. Reflux adalah masalah yang berkaitan dengan kandungan perut yang berasid melimpah keluar ke saluran makanan esophagus dan menyebabkan bayi muntah.

“Masalah reflux yang berlebihan atau patologikal akan menyebabkan bayi kerap muntah, mual, batuk, mengalami masalah pernafasan dan berat badan tidak meningkat.

“Masalah tidak serasi kepada laktosa dalam susu juga boleh menyebabkan bayi mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah serta berat badan yang tidak meningkat. Masalah sembelit juga menyebabkan bayi menangis secara melampau,” katanya.


“Ada ibu bapa bernasib baik kerana walaupun mempunyai anak ramai, mereka tidak pernah mengalami colic dan ada ibu bapa bernasib sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, daripada pemerhatian, anak pertama dan anak bongsu lebih kerap mengalami colic manakala tiada perbezaan kekerapan di antara bayi lelaki dan perempuan.

Faktor
1..Tiada ketahui punca utama masalah colic. Bayi colic biasanya kerap membuang angin sama ada kentut atau sendawa selepas menangis. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan kekerapan membuang angin itu disebabkan bayi banyak menelan udara ketika menangis.
2..Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis.
3..Bayi akan lebih terganggu oleh bunyi bising seperti televisyen, telefon atau suasana dan bunyi-bunyian yang asing. Pendedahan lebih banyak kepada bunyi akan menyebabkan bayi mengalami colic.
4..Pemakanan ibu yang menyusu badan juga kerap dikaitkan punca colic. Misalnya, sesetengah jenis makanan menyebabkan pengeluaran gas atau angin yang menyebabkan bayi kembung atau colic. Bagaimanapun, tiada bukti yang jelas membuktikan pendapat ini kerana tiada makanan khusus yang menyebabkan colic.
5..Ada juga teori yang mengatakan bahawa kurang ikatan di antara ibu dan bayi (poor maternal bonding) menyebabkan colic. Bagaimanapun, kajian membuktikan bahawa ikatan ibu dan bayi tiada kaitan dengan colic. Colic tetap berlaku walaupun ikatan perhubungan ibu dan anak sangat erat manakala ibu yang kurang erat dan prihatin pada bayinya jarang berhadapan dengan masalah bayi engalami colic.

Rawatan
Dr Noor Aziah berkata, sekiranya sesuatu masalah tidak diketahui puncanya, rawatan dan penyelesaiannya bukan sesuatu yang jelas dan dapat dibuktikan secara saintifik.
“Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic : 
 cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan. Cuba gunakan puting jika bayi anda mahu. Bunyi getaran yang perlahan seperti peti sejuk atau mesin basuh atau pengering pakaian kadangkala membantu mententeramkan bayi,” katanya.
Beliau berkata, kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah.
“Adakala bayi mahukan perut atau belakangnya diusap perlahan-lahan. Adakalanya mandian air suam dapat mententeramkan bayi anda. Orang Asia menggunakan barut perut bayi dan minyak bayi untuk mengelakkan masuk angin dan ia juga ditiru oleh Barat. Malah, orang Barat juga mula meniru cara mengendong bayi seperti orang Asia, misalnya masyarakat dari Jawa untuk mengelakkan colic dan untuk membantu menghentikan tangisan bayi yang berpanjangan,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya.
Colic juga katanya, bukan kerana tanda kegagalan anda mententeramkan bayi anda atau kegagalan anda menjaganya dengan baik.
"Suami isteri harus saling membantu seperti bangun malam untuk mententeramkan bayi yang sering menangis supaya masing-masing dapat cukup rehat. Dapatkan sokongan moral daripada ibu bapa atau saudara supaya anda tidak terlalu tertekan dalam menangani masalah ini,” katanya.
Kepada para ibu yang diuji dengan  anak  yang ada masalah colic  
 1.Banyakkan bersabar  dan bersabar . Ibu perlu redha diuji sebegini. Ianya perkara biasa.
2. Belajar cara mendukung bayi, biasanya mereka suka didukung dekat dengan dada, berpeluk, rasawarm and safe. Seperti juga berada di dalam womb, nak ketat-ketat kepitnya. Tidur pun atas dada kita, nak dengar jantung mama dia .
3. Perhatikan suara bayi kita betul-betul, cuba faham apa yang ingin disampaikannya. Tak selesa, nak tidur penat, lapar, sakit perut dan sebagainya. Ia adalah seni keibuan.
4. Jika anda beri botol susu, pastikan jangan beri dia terhisap angin(terutama bila susu nak dekat habis).
5. Jika breastfeeding, jaga pemakanan, elak makanan-makanan berangin seperti buah-buahan tempatan, mee kuning, sayur kubis, kacang-kacang dan sebagainya.
6. Belajar cara urut bayi. Sapu minyak angin pada betis, dan perut. Urut tapak kaki dan tapak tangan.
7. Burpkan (tepuk belakangnya) SEBELUM dan selepas minum susu
8. Mandikan dengan air panas.
9. Ibu jaga waktu makan, elakkan LAPAR. Kerana perut yang masuk angin, ada kemungkinan untuk susu berangin juga
10. Jangan paksa bayi anda hisap puting untuk diamkan dia dari tangisan. Itu penderaan emosi.
11. Beri kasih sayang, kesiankan anak kita yang SAKIT dan LETIH, tak boleh nak tidur. Peluk dan cium anak anda.
12. Makan vitamin untuk anda dan anak anda. Supaya anda bertenaga menjaga bayi sampai tengah malam dan boleh tahan berjam-jam dukung sambil memujuk bayi anda tidur.
13. Beli buaian elektrik jika anak anda sudah sampai umur 2 bulan atau sudah bersedia. Jangan dengar kata orang nanti ketagih, susah nak bawa pergi jalan-jalan. Anda perlukan buaian untuk elakkan keletihan dan stress yang amat. Dan letak sebentar anak anda sementara nak makan, solat atau mandi.
14. Tekan-tekan perutnya yang sakit itu, dengan jari atau lutut atau junjung di atas kepada anda. Ia membantu melegakan dan membuang angin.
15. Ambil air bacaan dari ustaz-ustaz,.
16. Pergi berurut baby dengan tukang urut profesional.
17. Sentiasa pasangkan ayat ruqyah dan ayat-ayat suci al-quran di bilik tidur atau mana-mana kawasan rumah (selain halau jin, bayi anda boleh hafal al-quran bila ulang2 selalu)
18. Bapa jangan balik kerja waktu maghrib. Kalau boleh sebelum maghrib atau lepas solat maghrib di masjid. Baca 3 qul dan ayat qursi sebelum masuk rumah. Terus mandi makan baru boleh pegang baby.
19. Basuh muka bayi dengan air zam zam selepas menangis kepenatan berjam-jam. Untuk elak stress dan melegakan sedikit moodnya.
20. Jangan overfeeding sampai dia muntah muntah. Nanti lagi rasa tak sedap perut, senak. Biar dia menangis, cari jalan lain untuk melegakan dia selain breastfeed. Jangan paksa dia minum.
21. Banyakkan bercakap untuk tenangkan baby. Pujuk bayi anda. Jalan sekeliling rumah, tunjuk flowers, fish, cat dan macam-macam lagi barang yang menarik perhatian untuk kurangkan stress menangis. Dan hilangkan rasa sakit.
22. Beri probiotics, boleh jumpa pediatrician, beritahu doktor bahawa anak anda kena baby colic, insya Allah dia akan suggest beri 5 drops probiotics.
23. Beri anak anda minum air zam zam
24. Beli bola kettler (bola gym untuk exercise tu..). Daripada biar anak anda dalam buai menjerit, lebih baik anda dukung dan duduk atas bola enjut-enjut sambil tengok TV. Ia menenangkan anak anda di samping anda boleh rest sekejap.
25. Kalau suami anda free, minta bawa anak anda jalan-jalan, biasanya bayi akan tidur dalam kereta. Tapi jika ia tidak berkesan, elakkan keluar rumah sebab takut dia boleh nampak macam-macam.
26. Beli stroller, kereta sorong baby. Letak anak anda dalam tu, pusing-pusing dalam rumah. Anda boleh letak dia sebentar di sebelah sambil makan di dapur atau letak depan bilik air sementara anda mandi.
27. Jangan marah anak anda! Dia tidak bersalah. Sabar. Kalau rasa nak marah, rasa geram dia tak nak tidur, manja nak kena dukung sahaja, anda bolehlah tulis atas kertas sebagai motivasi. Assobaru minal iman, innallaha ma’assobirin.. Dan anda catitkan berapa kali anda kena sabar setiap hari. Nak marah je, tulis banyak2 perkataan sabar.
28. Suami sila support isteri. Pantau makan minum isteri. Jangan beri isteri terlalu exhausted. Tolong isteri pegang anak sebentar untuk isteri pergi solat, mandi, makan dan sebagainya. Juga beri isteri tidur 10minit jika dia nampak terlalu letih. Jangan biarkan anak menangis terlalu lama, ia boleh menyebabkan kekejangan.
29. Dapatkan bantuan jiran, saudara mara dan ibu ayah selain suami yang penat bekerja seharian.
30. Jika anda ingin travel ke luar, pastikan tidak membawa anak anda lepak di tasik atau hutan. Baca 3 qul dan ayat qursi sebelum masuk rumah.
31. Jangan bandingkan anak anda dengan anak orang lain. Jangan rasa nak patah balik masa, menyesal dan sebagainya. Ujian ini pasti ada hikmahnya. Mana tahu susah nak jaga masa kecil, bila besar mereka akan berbakti kepada kita, jadi anak soleh dan hebat dunia akhirat?
32. Pastikan anda ambil cuti sepanjang anak anda kena colic. Jika anak anda kritikal, jangan biarkan babysitter atau penjaga menjaga anak anda tanpa anda. Ia boleh memberi tekanan yang amat besar malah risiko untuk kes penderaan berlaku amat tinggi. Utamakan nyawa dan kesihatan anak anda.
Bagaimana langkah prevention?
1. Jaga adab bersetubuh, amalkan doa.
2. Dengarkan kandungan anda dengan ayat-ayat ruqyah dan alquran.
3. Jangan biasakan tidak berpakaian langsung
4. Doakan anak dalam kandungan dijauhi gangguan syaitan sehinggalah pada saat nak melahirkan anak. Amalkan doa Rasulullah kepada cucunya selepas kelahiran.
5. Elakkan anak anda lahir awal daripada masanya. Ia memberi risiko berlakunya immature digestion.
6. Ibu mengandung perlu elakkan dari selalu menangis, layan perasaan, emosi tak stabil etc. Suami perlu support. Banyakkan berbual dan berbincang untuk elak salah faham.
7. Tambah ilmu parenting sebanyaknya terutama bagi kelahiran pertama. Bersedia mental fizikal untuk membuat kerja-kerja yang berat, penat dan tidak tidur malam.
Anda ibu yang hebat!! Insya Allah ^_^
Semoga Allah bantu anda, permudahkan segala urusan anda. Grablah pahala sebanyak mungkin kerana menjaga seorang khalifah adalah tugas yang murni!
sumber :
1..http://nurazahfathirah.wordpress.com/2013/01/28/anakku-baby-colic/
2..hospital.com.my/weblama/index.php?option=com_content&view=article&id=90:20-peratus-bayi-baru-lahir-alami-sawan-tangis&catid=10:koleksi-artikel&Itemid=15

1 ulasan:


  1. Sawan tangis memang mudah berlaku pada bayi antara usia 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap berlaku pada sebelah malam. Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan gangguan makhluk halus. Namun dari segi perubatan, sawan tangis sebenarnya berlaku disebabkan oleh si kecil mengalami masalah penghadaman menyebabkan perut kembung, colic dan reflux asid. Tidak semua masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor. Sebelum berjumpa dengan doktor, kita boleh cuba tips-tips rawatan sawan tangis ini dahulu seperti mengkhayalkan bayi dengan lagu atau bacaan Al-Quran, melakukan teknik pemanasan perut dan sebagainya.

    BalasPadam