Khamis, 22 Januari 2015

Jerawat pada badan




Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.
Bahan -bahan semulajadi untuk mengurangkan kesan jerawat pada badan   
1. Penggunaan garam bukit sebagai  Mandian .
Garam bertindak mengeringkan kulit dan membuang minyak yang menyebabkan jerawat.
Cara membuat air mandian bergaram
Bahan-bahan :
Garam bukit 2-3 cawan
Air suam untuk mandian
  
 Cara membuat:
Masukkan garam dalam air mandian , kemudian biarkan 20-30 minit supaya garam hancur  atau kacau2 sikit supaya garam sebati .
Jikalau kulit anda  jenis yang sangat berminyak , selepas berendam biarkan kering atau lap kering ,jangan di bilas. Jikalau jerawat tu teruk sangat, mandi dengan air mandian bergaram sebanyak 1 kali sehari.Kesannya boleh dilihat dalam masa seminggu  atau lebih. InsyaAllah.
Boleh juga dimasukkan air yang bercampur dengan garam bukit ni dalam spray dan spray pada badan sekali atau 2 kali sehari.tapi lebih elok berendam dalam air garam .Kesannya lebih optima.
2.Mandian oat
Bijirin oat adalah sangat sesuai kepada semua jenis kulit, berminyak ,kering atau kulit yang matang macam kulit kak ummu.Ianya juga boleh digunakan sebagai scrub badan .Ianya berfungsi untuk membuang minyak yang menyumbat liang roma disamping menanggalkan sel kulit mati.Mandian bijirin oat bukan sahaja mematikan jerawat bahkan mengurangkan kesan parut jerawat pada badan.
Cara membuatnya :
Ambil 3 camca besar bijirin oat yang original tanpa apa-apa campuran,kisar bijirin,masukkan dalam kain kasa ,ikat kuat-kuat, masukkan dalam tab mandi , kemudian berendamlah dalam tab tu selama 20-30 minit. Tapi bagi yang tak ada tab ,gunakan bijirin sebagi scrub.InsyaAllah menjadi.
4. Campuran bijirin oat dan madu
Gunakan campuran bijirin oat dan madu sebagai masker badan . Bijirin oat akan bertindak membuang kotoran dibadan ,madu pula bertindak sebagai antibakteria yang akan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
5. Kopi sebagai scrub
Campurkan kopi dengan apa2 sabun cecair yang ada kat dalam rumah tu dan kemudian boleh mula menyental,kopi bersifat astringen (mengecutkan) sekaligus mengecutkan jerawat pada badan.Kopi juga mampu memudarkan parut jerawat dan memutihkan kulit anda . insyaAllah berkesan  .
6. Banyakkan amal meminum minyak zaitun, baik untuk jangtung dan baik untuk kulit . hubungi kak ummu untuk dapatkan minyak zaitun yang selesa diminum,,,,,,MINYAK ZAITUN ORGANIK ALJAZIRA. 0137033819 ----kak ummu .Promote sikit tak pe kan. hehehhe



SELAMAT MENCUBA , SEMOGA BERHASIL.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan