Ahad, 10 Januari 2016

KEBAIKAN BERTUNGKU PERUT

KREDIT KEPADA :http://sharifahsahiza.blogspot.my/




Bertungku adalah satu proses di mana besi panas atau batu panas samada batu sungai atau anak lesung akan diletakkan sekitar abdomen iaitu pada ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Mengikut amalan orang dulu-dulu bertungku ini bertujuan untuk menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Tempoh masa bertungku pula ikut pada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kalau yang rajin bertungku, biasanya ada yang sampai habis pantang dan ada juga yang bertungku hingga keluar darah nifas yang  terakhir dan ada juga  yang hanya bertungku dalam masa 2 minggu sahaja.. 


Antara khasiatnya yang baik adalah untuk :

  • Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
  • Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
  • Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
  • Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
  • Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
  • Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
  • Membantu membuang angin dalam perut.
  • Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Bagi yang menjalani pembedahan pula, ia baik untuk membantu dalam mengecutkan luka jahitan, mengeluarkan darah kotor serta menghilangkan sakit-sakit badan yang tidak boleh diurut kerana pembedahan.

Amalan bertungku perut  boleh dilakukan setengah jam pagi dan setengah jam petang .Ianya  sudah memadai. Khasiat Bertungku perut tidak  bergantung kepada berapa besar dan berat tungku yang para ibu gunakan . Ianya bergantung kepada lama masa bertungku .Bagi yang berbadan kecil gunakan tungku yang sedikit ringan seperti tungku yang beratnya kurang dari 2kg.

Bagi para ibu yang berbadan besar ,bolehlah gunakan tungku yang berat lebih daripada 2 kg. Daripada pengalaman kak ummu selaku tukang urut bersalin penyalahgunaan tungku akan menyebabkan kesakitan dibahagian tangan yang memegang . Lagi pula tungku yang berat , bila tersalah letak di perut boleh menyebabkan pendarahan . Tungku yang terlalu berat juga menyukarkan proses bertungku dan mennyebabkan kesan bertungku tidak optima.

Selamat mengamalkan bertungku perut selepas bersalin 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan