Ahad, 10 Januari 2016

Urutan Aromaterapi plus hot stone





KREDIT TO : http://airishbeautyandspa.blogspot.my/

Urutan badan mampu  menimbulkan perasaan harmoni dan tenang kerana seseorang itu berasakan dirinya dimanja. Selain itu, urutan badan juga punyai kebaikkan untuk tubuh badan secara menyeluruh ini kerana ia mampu meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh badan.

 Urutan Aromaterapi 

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah. Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut. 

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu. Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya. 

Urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan. Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri. 

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit. Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. 

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan. Lakukanlah Urutan Aromaterapi kerana ianya berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar dan tidur malam anda lebih lena dan nyaman..  


 Kebaikkan Urutan Aromaterapi:- 
  • Menyingkirkan lebihan toksin badan.
  • Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
  • Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
  • Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Membentuk badan.
  • Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
  • Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental

Tiada ulasan:

Catat Ulasan